Jijik! Gadis Trauma Pemandu E-Hailing Ajak ‘Main Tidur’ – Manis Madu
Jijik! Gadis Trauma Pemandu E-Hailing Ajak ‘Main Tidur’

Jijik! Gadis Trauma Pemandu E-Hailing Ajak ‘Main Tidur’

Gangguan seksual bukan perkara baru kita dengar. Baru-baru ini tular lagi di laman Twitter satu perkongsian oleh @IsmaDalilah yang menceritakan pengalamannya menjadi mangsa gangguan seksual ketika menggunakan khidmat pengangkutan e-hailing Grab.

 

Menerusi ciapan tersebut, Isma turut berkongsi video rakaman suara pemandu lelaki itu yang mengajaknya ‘main tidur’ bersamanya.

Lebih menjijikkan, pemandu tersebut turut mengumpan Isma untuk melakukan perkara tidak senonoh itu dengan bayaran sebanyak RM200.

 

You mahu main? Saya bayar you. Saya bayar you RM200 boleh?” kata lelaki itu.

 

“I macam main apa kan, then dia cakap main tidur. Time tu I dah numb, awkward and berdebar gila,” tulisnya dalam ciapan tersebut.

 

Jelas Isma, dia menggunakan perkhidmatan e-hailing itu untuk pergi ke tempat kerja dan langsung tidak menyangkakan lelaki yang kelihatan sudah berusia itu sanggup berbuat demikian.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi termasuklah dari syarikat e-hailing tersebut yang meninggalkan komen ringkas berhubung tindakan ke atas kes ini.

 

It always yang tua gini berbual kotor, pernah jadi tapi tanya dah ada bf (boyfriend)? Kenapa takde bf? Just banyak tanya personal question. I always keep pepper spray incase,” tulis seorang pengguna Twitter.

 

“Kami tidak ingin anyone melalui pengalaman ini dan kami menjanjikan perjalanan yang selamat untuk users kami,” tulis syarikat e-hailing Grab.

Post a Comment