Jom Throwback Cerita Viral Sepanjang Tahun 2020!
Tahun 2020 kita dihidangkan dengan pelbagai perkara dan insiden yang berlaku. Kalau boleh nak lupakan jerr tahun 2020, cancel! Tapi kita perlu berpijak di bumi nyata. Apa yang dilalui jadikan pengajaran dan terus pandang ke hadapan.
So, apa kata kita throwback 10 perkara viral pada tahun 2020. Let’s go!
#10 PKP Pertama Dilaksanakan
Pada 16 Mac 2020, jam 10 malam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 yang telah berlangsung selama 14 hari.
Waktu ini kalau korang ingat lagi, semua kelam kabut! Mana yang kerja, kena bersiap sedia bekerja dari rumah, pelajar kena balik ke rumah masing-masing segera, perniagaan tak boleh dijalankan dan lain-lain lagi. Dan mesti korang takkan lupa saat-saat kita semua, satu Malaysia perlu berkurung kat rumah. Lama pula!
#9 Dalgona Coffee
Rentetan daripada ‘Kuarantin’, maka wujudlah aneka menu baru yang dicuba ketika tempoh tersebut. Semua orang nak jadi chef! Salah satu yang paling famous adalah Dalgona Coffee. Minuman ini asalnya viral di Korea namun mendapat sambutan yang sangat luar biasa bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia bahkan penduduk dunia. Scroll media sosial, penuh tentang Dalgona Coffee.
#8 Roti Gardenia Habis!
Lanii susah betoi nak dapat roti gardenia🍞🍞.. Start #PKP 18hb March hari nii baru kita dapat beli.. Kita bagi pakai seat belt siap2 bukan apa takut kena curi kaa jatuh kaa naya jaa😅😂🤣.. Dah laa susah dapat #PKP #rotigardenia #Gardenia #Stayathome #dudukrumah pic.twitter.com/jxcBcgboPV
— Nur aziema azizan (@nuraziemaazizan) April 4, 2020
Korang bayangkan, stok Roti Gardenia ketika tempoh PKP boleh habis licin!
Sehingga pada 23 Mac, pengeluar roti terkenal di Malaysia, Gardenia terpaksa memaklumkan bahawa mereka telah sedaya upaya memaksimumkan pengeluaran untuk menampung permintaan rakyat Malaysia. Fuhhh, penangan ‘chef-chef’ Malaysia ketika itu!
#7 Baju Kelawar
Girls don’t ever let your husbands try your baju kelawar, they won’t take it off 😂 pic.twitter.com/2x97ZwFV1K
— Mader Inaz 🔪 (@datininaz) March 31, 2020
Ha, bayangkan betapa bosannya rakyat Malaysia ketika itu hinggakan baju kelawar pun boleh viral! Pada mulanya hanya seorang buat kemudian yang lain pun ikut. Kelakar kan bila ingat balik?
#6 Perang Netizen VS Artis
View this post on Instagram
‘Perang’ antara netizen dan artis ini bermula apabila Black Hanifah mengeluarkan kenyataan meminta bantuan khusus buat penggiat seni. Pada ketika itu, netizen semua bengang dan marah hingga ada yang ungkit kembali gaya hidup artis yang bermewah-mewah selama ini. Berminggu juga bergaduh di media sosial. Kecoh dan panas masa itu!
#5 Group Masak Apa Tak Jadi
“Kalau masakan tak jadi pun tak apa..boleh ‘post’ dalam ‘group’
Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ 😂😅Sumber : @BuletinTV3 pic.twitter.com/xV852L6jFL
— Donna (@TheDonnamy) April 23, 2020
Ketika tempoh PKP juga menyaksikan di Facebook terdapat satu group yang diberi nama Masak Apa Tak Jadi viral dan diperkatakan oleh semua orang. Dia punya viral hingga disebut ketika ucapan live Perdana Menteri!
Group tersebut memuatkan himpunan kisah masakan yang dimasak tetapi tidak menjadi seperti diinginkan. Pelbagai cerita, gambar dan video masakan tidak jadi dikongsi ahli group tersebut. Pecah perut baca satu-satu!
#4 Sugu Pavithra
Tak keterlaluan jika dikatakan Sugu Pavithra merupakan antara saluran YouTube paling terkenal sepanjang tahun 2020. Berbulan-bulan nama Sugu Pavithra meniti di bibir rakyat Malaysia.
View this post on Instagram
Video masakan Pavithra yang menunjukkan kelaianan serta tutur katanya yang sopan dan lemah lembut membuatkan ramai yang menggemari video-videonya.
#3 Wedding Of The Year #EmirAmirah
View this post on Instagram
Setuju tak kalau Wedding Of The Year tahun ini menjadi milik pasangan Nur Amirah Filzah atau Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar?
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan korang, perkahwinan mereka mempunyai impaknya tersendiri apabila nama Mira Filzah dan Emir beberapa hari trending dan viral pada ketika itu. Sebelum, semasa dan selepas majlis pun masih trending nama mereka!
View this post on Instagram
Perkahwinan ini boleh dikatakan paling popular dalam sejarah Malaysia dan turut bersiaran langsung di TV3. Rakaman upacara akad nikah tersebut juga dimuatnaik di YouTube dan mencatatkan lebih 2.6 juta tontonan!
#2 Bunyi Ketukan Misteri
Sumber Gambar: www.hmetro.com.my
Untuk cerita viral yang satu ini baru sahaja berlaku! Sekitar bulan November lalu di Sabak Bernam. Penduduk di sana dikatakan telah diganggu dengan bunyi ketukan misteri yang sangat kuat di malam hari. Yang buatkan kes ini lagi viral apabila gangguan ini tidak terhenti di Sabak Bernam malah turut menggangu di negeri lain. Dikatakan ketukan itu sangat kuat seolah seseorang hendak masuk ke dalam rumah dengan cepat. Eyyy, seram!
#1 Ketokohan Ustaz Ebit Lew
Siapa tak kenal Ustaz Ebit Lew kan? Hero di hati semua rakyat Malaysia! Tragedi dan musibah yang melanda negara menyaksikan ketangkasan, ketulusan dan kemuliaan hati beliau dalam membantu mereka yang memerlukan.
View this post on Instagram
Lebih membanggakan, Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan tanpa mengira agama dan bangsa. Semua dia tapau! Satu susuk tubuh manusia yang sangat hebat dan tiada galang ganti!
Banyak lagi yang viral tahun 2020 ini, tapi Madu hanya pilih yang paling viral di Malaysia saja, kalau untuk viral antarabangsa kena buat artikel lain!
~Stay Safe Maduners~