Jual Nasi Lemak Murah, Peniaga Ini Terima Ugutan Daripada Pesaing – Manis Madu
Jual Nasi Lemak Murah, Peniaga Ini Terima Ugutan Daripada Pesaing

Jual Nasi Lemak Murah, Peniaga Ini Terima Ugutan Daripada Pesaing

Pelbagai usaha dilakukan oleh individu untuk kekal bertahan dikala pandemik. Kebanyakannya mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung sara hidup. 

 

Secara tidak langsung dapat juga membantu mereka yang memerlukan.

 

Meskipun begitu, terdapat individu yang kurang senang dengan tindakan individu lain yang memulakan perniagaan. Lebih teruk, disertakan dengan ugutan!

 

Seorang peniaga nasi lemak dikenali sebagai Zainab Senin menerusi hantaran laman Facebook berkata, dia menerima mesej daripada seorang peniaga lain yang mengadu jualannya merosot kerana wanita itu menjual nasi lemak pada harga murah.

Zainab Senin menerima mesej daripada seorang peniaga lain yang mengadu jualannya merosot 01

“Peringatan aku hendak bagi dekat engkau. Aku tahu nasi lemak engkau tiada nama. Jangan nanti engkau tiada nama di atas dunia ini pula.

 

“Tidak faham semua orang susah. Engkau tambahkan lagi susah orang. Memang orang akan beli nasi lemak engkau yang murah itu sebab orang tiada duit,” kata penghantar mesej tersebut.

Zainab Senin menerima mesej daripada seorang peniaga lain yang mengadu jualannya merosot 02

Walaupun menerima ugutan dan dilemparkan kata-kata kesat, Zainab tetap mendoakan pesaing yang telah menuduhnya ‘membunuh’ perniagaan mereka.

 

Tambahnya lagi, dia tidak marah mendapat mesej berkenaan sebaliknya menyifatkan perkara itu sebagai menyedihkan.

 

“Saya minta maaf kepada peniaga itu dan sesiapa sahaja yang bersangkut paut. Saya berniaga tiada niat lain. Terserah kepada mereka hendak beli daripada saya atau orang lain,” katanya.

 

Menurut laporan, Zainab berkata, dia tidak mahu lagi memanjangkan perkara berkenaan dan berharap semua urusan mereka yang terjejas pendapatan dipermudahkan.

 

“Kakak tulis hantaran itu dengan niat untuk minta maaf kepada peniaga-peniaga lain yang terkesan dengan jualan nasi lemak murah kakak. Tidak sangka lain pula jadinya.

 

“Moga murah rezeki peniaga-peniaga semua. Kakak tidak berani baca komen-komen yang orang berikan. Takut orang marah pada kakak,” ujarnya.

 

Walaupun begitu, ruangan komen Zainab ternyata dibanjiri dengan pujian daripada warganet tentang tindakannya yang masih mendoakan pesaingnya meskipun diugut dan dilemparkan kata-kata kesat.

Post a Comment