Jumlah Kes Di Malaysia Masih Belum Turun, Britain Pula Diancam 100,000 Kes Sehari Menjelang Julai – Manis Madu
Jumlah Kes Di Malaysia Masih Belum Turun, Britain Pula Diancam 100,000 Kes Sehari Menjelang Julai

Jumlah Kes Di Malaysia Masih Belum Turun, Britain Pula Diancam 100,000 Kes Sehari Menjelang Julai

Meskipun negara kita sudah menjalani tempoh ‘total lockdown’ selama dua minggu namun jumlah kes masih belum turun ke tahap yang memuaskan. Masih empat angka!

 

Begitu juga jumlah kes di Britain yang diramalkan bakal mencecah 100, 000 kes bulan depan.

 

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberi petunjuk akan menunda tarikh penamatan perintah berkurung selepas pakar kesihatan memberi amaran kes harian Covid-19 boleh mencecah 100,000 bulan depan, lapor laman Mirror UK kelmarin.

 

Johnson berkata peningkatan jumlah mereka yang dirawat di hospital merupakan satu kebimbangan yang amat serius.

 

Kajian pendapat yang dijalankan syarikat penyelidik Opinium menunjukkan 54 peratus orang awam bersetuju menunda hari tersebut manakala 37 peratus lagi menolak penundaan itu.

 

Sebanyak 90 peratus daripada jangkitan baharu di Britain adalah daripada varian Delta dengan jumlah kes meningkat dua kali ganda setiap sembilan hari.

 

Pakar virologi University College London, Profesor Deenan Pillay berkata jumlah jangkitan yang tinggi akan menyebabkan lebih tinggi risiko mutasi menjadi varian yang kebal dengan vaksin.

 

Sekiranya jumlah jangkitan terus meningkat, kemasukan ke hospital akan mencecah 2,000 sehari iaitu dua kali ganda berbanding jumlah biasa pada musim sejuk sebelum Covid-19.

 

Ketua Persatuan Perubatan Britain, Dr. Chaand Nagpaul berkata, impaknya bukan hanya pada kadar kemasukan pesakit ke hospital tetapi juga terhadap kesan jangka panjang terhadap golongan muda.

Post a Comment