Jumpa Anjing Dalam Guni, Gadis Ini Menangis Terharu Jadi Penyelamat! – Manis Madu
Jumpa Anjing Dalam Guni, Aqilah Yuhanis Menangis Terharu Jadi Penyelamat

Jumpa Anjing Dalam Guni, Gadis Ini Menangis Terharu Jadi Penyelamat!

Haiwan adalah makhluk bernyawa yang sepatutnya disayangi dan dijaga dengan baik. Manusia yang mempunyai hati nurani tidak akan sesekali menyakiti apatah lagi bertindak kejam sehingga boleh mendatangkan maut terhadap haiwan.

 

Tular di laman TikTok video memaparkan tindakan seorang gadis menyelamatkan seekor anjing yang hampir mati dalam sebuah bungkusan.

@aqilahyuhanis54Berbuat baiklah kepada semua makhluk Allah. Tak rugi pun kalau kita buat baik dekat haiwan ❤️ #fypシ #fyp #doglover #pencintahaiwan #sad #pets #pets♬ rintihan rindu – Adek Nurul

Menurut Aqilah Yuhanis, 24, dia menemukan bungkusan yang di dalamnya terdapat seekor anjing yang hampir mati akibat jerutan di leher.

Tanpa rasa takut dan ragu-ragu, dia bertindak melepaskan ikatan di leher anjing tersebut sambil menangis kerana merasa kasihan terhadap nasib yang menimpa haiwan itu.

 

Dalam video lainnya, gadis berasal dari Terengganu ini berkongsi keadaan terkini anjing tersebut selepas beberapa jam dilepaskan yang dilihat aktif dan manja.

@aqilahyuhanis54Anjing ni haiwan paling cerdik. Pandai dia menghargai orang. Dia nampak happy sangat 🥲❤️ #fypシ #fyp #doglover #pencintahaiwan #pets #petslover♬ Iris – Natalie Taylor

After a few hours, saya pergi tengok dia semula. Dia dah kenal saya,” tulisnya dalam video berkenaan.

 

Setakat ini, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 5 juta dan dikongsikan di seluruh media sosial.

 

Madu setuju sangat dengan apa yang Aqilah kongsikan. Tak rugi berbuat baik pada haiwan!

Post a Comment