Jumpa Kucing Dalam Keadaan Menyayat Hati, Wanita Bantu Guna Serpihan Kaca – Manis Madu
Jumpa Kucing Dalam Keadaan Menyayat Hati, Wanita Bantu Guna Serpihan Kaca

Jumpa Kucing Dalam Keadaan Menyayat Hati, Wanita Bantu Guna Serpihan Kaca

Tular di aplikasi TikTok baru-baru ini, satu perkongsian menunjukkan seorang wanita sedang menyelamatkan seekor kucing di sebuah bangunan kosong.

 

Video berkenaan mendapat perhatian orang ramai apabila kucing yang dijumpai wanita itu didapati lehernya diikat pada sebuah tiang oleh individu tidak bertanggungjawab.

Sampainya wanita itu di tempat kejadian, dia segera mencuba untuk melepaskan ikatan tali pada leher kucing berkenaan.

 

Difahamkan, pada awalnya wanita tersebut hanya terdengar bunyi anak kucing tetapi tidak menyangka akan menjumpai ibu kucing terbabit yang seolah-olah sengaja diikat di situ.

 

Ikatan di leher ibu kucing itu berjaya dilepaskan wanita itu menggunakan serpihan kaca yang dijumpai di tempat berkenaan. 

 

Wanita tersebut juga berharap agar individu yang melakukan perkara tersebut sedar akan kelakuannya dan tidak mengulang perbuatan itu lagi pada kucing-kucing lainnya.

 

“Semoga yang mengikat kucing ini sedar dan tidak melakukan perkara ini lagi ke kucing lainnya. Please,” tulisnya dalam video tersebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan kejam individu yang sengaja mengikat kucing tersebut dan dibiarkan tanpa makanan atau minuman.

 

“Kenapa lah orang sanggup buat kucing macam tu. Kalau tak suka pun jangan buat kucing macam tu,”

 

“Kenapa ada orang yang hatinya sangat jahat. Terima kasih sebab tolong kucing ni,”

 

Video yang dimuat naik sekitar 3 hari lalu itu sudah mendapat 2 juta tontonan dan ratusan ribu tanda suka. Ruangan komen juga dibanjiri dengan ucapan terima kasih kepada wanita itu kerana menyelamatkan kucing tersebut.

Post a Comment