Jutawan Playboy Maut Diracun Isteri Sendiri Kerana Ingin Menjadi Wanita Terakhir – Manis Madu
Jutawan Playboy Maut Diracun Isteri Sendiri

Jutawan Playboy Maut Diracun Isteri Sendiri Kerana Ingin Menjadi Wanita Terakhir

Seorang jutawan di Jepun yang terkenal kerana meniduri 4,000 wanita mati dipercayai diracun oleh isterinya sendiri kerana wanita berkenaan mendakwa ingin menjadi yang terakhir ditiduri suaminya, lapor akhbar The Sun.

 

Saki Sudo, 25, dituduh membunuh Kosuke Nozaki, 55, tiga tahun lalu selepas berkahwin dengan jutawan itu pada Februari 2018.

 

Nozaki yang bergelar jutawan kaya-raya menerusi perniagaan hartanah, pertanian dan pinjaman wang itu mati dalam beberapa bulan selepas mengahwini Sudo.

 

Laman berita Tokyo Reporter melaporkan, Nozaki berbangga kerana telah meniduri 4,000 wanita dan pernah menulis sebuah buku bertajuk ‘Don Juan of Wakayama’ pada tahun 2016 iaitu gelaran yang merujuk kepada dirinya sendiri.

 

“Tujuan saya mengumpul kekayaan adalah untuk berjanji temu dengan wanita-wanita cantik,” tulisnya.

 

Dia juga dikatakan pernah bertanyakan soalan kepada Sudo, sama ada wanita itu mahu menjadi wanita terakhir dalam hidupnya.

 

Pada Mei 2018, Nozaki ditemui mati oleh Sudo di atas sofa kediaman mereka di Tanabe.

 

Polis kemudiannya mendapati terdapat kesan dadah dalam sistem badan jutawan berkenaan.

 

Sudo kini ditangkap dan siasatan bagi kes ini masih berlangsung.

Sumber Gambar: Japantimes

Post a Comment