Kain Tutup Keranda Jadi Kain Tirai Bilik Vaksin – Manis Madu
Kain Tutup Keranda Jadi Kain Pemisah Bilik Suntikan

Kain Tutup Keranda Jadi Kain Tirai Bilik Vaksin

Pengalaman seorang individu menerima vaksin di Indonesia menjadi tular di media sosial gara-gara kain yang digunakan sebagai pemisah bilik suntikan lapor sebuah portal Indonesia.

 

Menerusi kemas kini di sebuah akaun TikTok @andrianijanunu, kain yang digunakan sebagai pemisah antara bilik penerimaan vaksin adalah kain penutup keranda berwarna hijau.

Terdapat tulisan pada kain tersebut yang membuat warganet menjadi seram iaitu kalimah ‘innalillahhiwainnaillahirajiun’ yang sering diucapkan apabila mendengar berita kematian orang Islam.

 

“Ini pintu masuk untuk penerimaan vaksin atau pemberitahuan kematian,” tulis keterangan video.

 

Namun begitu, pemilik video turut menjelaskan rakaman itu hanya sekadar gurauan semata-mata.

 

“Ini hanya gurauan sahaja, jangan takut vaksin. Vaksin adalah ikhtiar kita untuk menghindari kematian akibat Covid-19,” terangnya.

 

Sehingga kini, video itu sudah diulang tonton sebanyak 470.1 ribu kali serta mendapat 51.4 ribu tanda suka.

Post a Comment