Kaki Hiking? Hanya Yang Kental Boleh Takluk 6 Gunung Paling Susah Di Malaysia! – Manis Madu
Kaki Hiking_ Hanya Yang Kental Boleh Takluk 6 Gunung Paling Susah Di Malaysia!

Kaki Hiking? Hanya Yang Kental Boleh Takluk 6 Gunung Paling Susah Di Malaysia!

Aktiviti mendaki gunung bukan satu perkara yang asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Bila hujung minggu atau waktu lapang, banyak ‘kaki hiking’ mencari gunung-gunung terbaik untuk didaki.

 

Maduners jangan tak tahu, di Malaysia pun ada gunung-gunung tinggi yang popular dan menjadi buruan para pendaki dari seluruh dunia tau! Kepada penggemar aktiviti ini, hari ini Anis akan kongsikan 6 gunung tertinggi dan mencabar di Malaysia untuk korang.

1. Gunung Kinabalu, Sabah

ling-tang-TaA3vOBIfow-unsplash (1)

Siapa tak kenal gunung yang memiliki puncak tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara ini! Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah ini mempunyai ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut.

kinabalu (1)

Cabaran utama bagi pendakian di Gunung Kinabalu adalah cuaca sejuk dan risiko terkena Acute Mountain Sickness (AMS). Ramai yang terkandas dan tak berjaya sampai ke puncak kerana terkena AMS. Buat persiapan sehabis baik sebelum mendaki ya. Don’t underestimate Gunung Kinabalu guys! Tak semudah yang korang sangka.

2. Gunung Tahan, Pahang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝓜𝓮𝓵𝓵𝔂 (@skydeunan)

Memegang gelaran gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan merupakan antara gunung yang paling mencabar untuk didaki. Terletak di persekitaran Taman Negara, Pahang, ada yang kata untuk sampai ke puncak, korang kena harungi lebih daripada 10 sungai yang ketinggiannya mencapai paras pinggang!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAUZANWAZER (@fauzanwazer)

Untuk mendaki juga, ada banyak trek disediakan tetapi dua trek paling popular adalah trek Merapoh-Merapoh (M2M) dan trek Kuala Tahan-Merapoh (K2M). Dikatakan trek K2M yang sampai kena redah 10 sungai dan mengambil masa kira-kira 9 hari untuk sampai ke puncak berbanding trek M2M yang hanya mengambil lebih kurang 3 hari sahaja. Dahsyat sampai 9 hari!

3. Gunung Korbu, Perak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syazila Ali 🔺G🔻 (@syazila.ali)

Gunung yang berada di negeri Perak ini pula merupakan gunung kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia dan hanya dibezakan 4 meter jerr dengan Gunung Tahan. Suka diingatkan, kalau Maduners baru berjinak-jinak dengan aktiviti hiking, lebih baik tangguhkan dulu niat nak ke Gunung Korbu.

 

Sebabnya untuk naik ke puncak, korang perlukan guide daripada golongan profesional kerana dikatakan trek yang ada masih tidak lengkap dan boleh menyebabkan para pendaki mudah sesat.

 

Tahap fizikal dan mental pun kena kuat kerana untuk lengkapkan perjalanan pergi balik memerlukan sekurang-kurangnya 4 hari 3 malam!

4. Gunung Chamah, Kelantan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by As Hassan (@as_hassanhussain)

Gunung Chamah yang berketinggian 2171 meter ini merupakan kebanggaan negeri Kelantan! 

 

Cabaran mendaki gunung ini adalah Maduners bakal melalui hutan tebal yang merupakan tempat tinggal binatang liar seperti harimau dan gajah. Pernah ada beberapa penemuan tapak kaki binatang liar di sepanjang trek gunung itu.

 

Boleh dikatakan gunung ini agak ekstrem untuk didaki dan korang memang memerlukan khidmat orang yang profesional untuk guide sampai ke puncak gunung. Jangan naik 10 orang, yang turun hanya 7 orang jerr! Sangat bahaya!

5. Gunung Yong Yap, Perak/Kelantan

Gunung ini pula tidak lah setinggi gunung lain tetapi cabaran di sini adalah antara yang paling susah! Ini disebabkan Maduners kena redah hutan tropika yang sangat tebal untuk sampai ke puncak, ditambah pula dengan bentuk buminya yang sangat sangat curam.

 

Ada juga ura-ura mengatakan pernah ada kes serangan harimau terjadi di Gunung Yong Yap, tapi kesahihannya masih lagi belum dapat dipastikan. Kawasan hutan sekitar gunung memang kawasan binatang liar, jadi tak mengejutkan pun kalau ada cerita tentang serangan pak belang berlaku. Kes orang hilang pun ada!

6. Bukit Tabur, Selangor

Buat pendaki-pendaki baru, Bukit Tabur agak terkenal kerana menjadi pilihan mereka untuk melakukan aktiviti pendakian. Trek bukit ini agak mencabar kerana bukan sahaja skill mendaki diperlukan, Maduners juga perlu memanjat untuk sampai ke puncak. Panjat punya panjat, kalau tertengok bawah gayat juga!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Natalia Den (@natalia_den92)

Terdapat dua trail untuk bukit ini; Tabur West dan Tabur East. Untuk yang baru, hanya Tabur West yang digalakkan kerana trek yang lebih user-friendly. Meskipun begitu, jangan disangka air yang tenang tiada buaya! Bukit ini boleh jadi berbahaya jika langkah keselamatan tidak diambil berat.

 

Maduners ada bran tak nak hiking di tempat-tempat yang Anis senaraikan tadi? Apa-apa pun, sebelum melakukan aktiviti pendakian di tempat yang ekstrem seperti di atas, persiapan perlu dibuat serapi yang boleh!

 

Latihan fizikal untuk menguatkan stamina, mental dan emosi, baju serta peralatan bersesuaian dibawa dan dipakai bersama dan lain-lain. Seeloknya, Maduners study dan research terlebih dahulu tempat yang korang nak pergi sebelum memulakan aktiviti.

Post a Comment