“Kalau Nak Bagi RM2 Juta, Saya Baliklah”, Sajat Minta RM2 Juta, Baru Nak Balik Malaysia? – Manis Madu
“Kalau Nak Bagi RM2 Juta, Saya Baliklah”, Sajat Minta RM2 Juta, Baru Nak Balik Malaysia_

“Kalau Nak Bagi RM2 Juta, Saya Baliklah”, Sajat Minta RM2 Juta, Baru Nak Balik Malaysia?

Rasanya setiap bulan mesti akan terdengar nama seorang individu ini yang sentiasa menjadi bualan panas netizen, siapa lagi kalau bukan NurSajat. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jesica Zaman (@nursajatkamaruzzaman)

Menurut Malaysiakini, bulan ini Sajat menjadi lagi isu panas tapi kali ini katanya meminta RM2 juta, baru dirinya akan kembali ke Malaysia. 

 

Nur Sajat Kamaruzzaman yang merupakan usahawan kosmetik di Malaysia kini mendapat status suaka di Australia dan berkata memang bukan mudah untuk dia kembali ke Malaysia kerana kehidupannya di negara ini sudah hancur. 

 

Menerusi Instagram live di akaun Instagram miliknya iaitu @nursajatkamaruzzaman dia berkata kalau ada yang tawar atau sanggup bayar dirinya RM2 juta, baru dia balik ke Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jesica Zaman (@nursajatkamaruzzaman)

“Kalau saya balik Malaysia apa saya dapat? Kalau nak bagi RM2 juta, saya baliklah. Kalau tak nak bagi, nak buat apa. 

 

“Saya dah hancur segala-galanya di Malaysia, kalau RM2 juta bak mai, saya balik. Kalau tak ada RM2 juta buat apa, tak naklah…

 

“Di sini, macam-macam saya boleh dapat. Jadi kamu nak saya balik untuk apa? Cuba beritahu kenapa saya perlu balik? Kenapa you all (kamu semua) nak saya balik sangat?” katanya menjawab soalan yang ditanya netizen ketika Instagram live tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jesica Zaman (@nursajatkamaruzzaman)

Mengikut maklumat terdahulu, punca utama dia ke Australia kerana melarikan diri setelah dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana menghina atau sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

 

Dia melarikan diri ke Australia melalui Thailand dan mendapatkan suaka di Australia pada Oktober tahun lalu.

 

Kini dirinya dikehendaki polis bagi membantu kes penipuan kad pengenalan yang dibicarakan di Mahkamah Ampang Jaya.

 

Sajat dikehendaki hadirkan diri di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari dan jika gagal menghadirkan diri akan mengakibatkan satu lagi waran tangkap akan dikeluarkan ke atas dirinya.

Post a Comment