Kanak-Kanak 3 Tahun Positif Dua Jenis Dadah – Manis Madu
Kanak-Kanak 3 Tahun

Kanak-Kanak 3 Tahun Positif Dua Jenis Dadah

Memetik laporan Berita Harian, laporan mengenai kejadian itu telah dibuat oleh seorang doktor dari Wad Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur yang memberitahu bahawa ujian air kencing kanak-kanak itu didapati positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina tiga hari lalu.

 

Mengulas dengan lebih lanjut, Mohd Fazley berkata kanak-kanak itu dipercayai tinggal bersama bapa tirinya di Nilai pada 14 April lalu.

 

“Keesokan harinya ibunya telah membawa anaknya ke hospital kerana melihat perlakuan anaknya itu tidak seperti kebiasaan.

 

“Rawatan lanjut mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina”, katanya ketika ditemubual.

 

Beliau berkata, alamat terakhir lelaki yang bekerja sebagai tukang jahit pakaian bernama Mohd Faresh Khalid berusia 38 tahun di C-13-7 Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan PT 8413 Jalan 5/4B, Taman Desa Jasmin, Nilai.

 

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan dan juga Seksyen 14(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

 

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek dan kejadian boleh menghubungi ASP Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-800 5225 dan Pegawai Penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-3333 0025/ Inspektor Normi Hashim (013-694 9623) atau balai polis berhampiran.

Post a Comment