Kanak-kanak 9 Tahun Lemas Di Tali Air, Rakan Pula Hilang – Manis Madu
Lemas

Kanak-kanak 9 Tahun Lemas Di Tali Air, Rakan Pula Hilang

Seorang kanak-kanak ditemui lemas dalam tali air di Kampung Gelam, Tanjung Kling, Melaka, semalam.

 

Menurut laporan Harian Metro, rakan kepada mangsa pula dilaporkan hilang sejurus kejadian berlaku dan dipercayai berada dalam keadaan ketakutan. Rakan si mangsa sehingga kini gagal dikesan. 

 

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu, Muhammad Fakrullah Rozami, 9, ditemui lemas oleh bapanya sendiri di dalam tali air sedalam 1.2 meter.dalam keadaan kakinya terbelit dengan tali plastik.

 

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihak mereka menerima panggilan pada jam 8.46 malam dari orang awam sebelum pasukan pegawai dan anggota yang lain digerakkan ke lokasi kejadian. 

 

Menurut beliau, mengikut laporan awal terdapat tiga orang kanak-kanak lelaki yang berusia 9 tahun bermain di kawasan tali air yang terletak kira-kira 1.6 kilometer dari kediaman mereka. 

 

Keseronokan bertukar tragedi apabila salah seorang rakannya iaitu Muhammad Fakrullah lemas, manakala pasangan kembarnya sempat menyelamatkan diri dan pulang rumah untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada ahli keluarga. 

 

“Pada peringkat awal, kita dimaklumkan rakan pasangan kembar itu juga mandi bersama, jadi pasukan bomba cuba membuat pencarian dalam air namun gagal ditemukan.”

 

Berdasarkan maklumat susulan yang diperoleh dari mangsa yang selamat itu pula memaklumkan bahawa rakannya tiada dalam air, sebaliknya melarikan diri. 

 

“Justeru, pencarian kita sekarang tertumpu kepada mencari di daratan,” – Zulkhairani Ramli

 

Seramai 20 anggota bomba, 4 anggota polis dan sekumpulan penduduk kampung terlibat dalam operasi mengesan seorang lagi mangsa di sekitar lokasi kejadian..

 

Manakala mangsa yang lemas bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia. 

 

Sumber Featured Image: Voice

Post a Comment