Kanopi Terbang Waktu Buat Live, Gelak Dulu Baru Tolong – Manis Madu
Kanopi Terbang Waktu Buat Live, Gelak Dulu Baru Tolong

Kanopi Terbang Waktu Buat Live, Gelak Dulu Baru Tolong

Keadaan cuaca di Malaysia ketika ini sangat tidak menentu. Kadang-kadang hujan, eh tiba-tiba panas pula. Itu tidak termasuk bencana alam yang terjadi seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan lain-lain.

 

Baru-baru ini, seorang gadis dikenali sebagai @liyanaarefin_ ada memuat naik satu video rakaman dirinya ketika mengadakan IG Live di Instagram.

@liyanaarefin_Siapa dekat area tasik permaisuri petang tadi? Nampak tak ada khemah terbang? 🥲 #fyp #foryoupage #bukanmaen #nowlookatthis @mimiarefin♬ original sound – ليانا عاريفين

Dalam video berkenaan, Liyana dilihat berinteraksi dengan pengikutnya dan turut berkongsi suasana semasa yang berlaku di tempat kejadian.

 

Menurutnya, cuaca ketika itu seperti mahu hujan dan ribut namun dia masih boleh meneruskan sesi siaran langsung di Instagram sambil menunjukkan jualan yang dijalankannya.

 

Ketika dia asyik berkongsi jualan yang terdapat di situ, secara tiba-tiba khemah gerai di sebelahnya bergerak lalu terbang ke belakang dipercayai kerana angin yang kuat.

 

“Siapa dekat area Tasik Permaisuri Petang tadi? Nampak tak ada khemah terbang?” tulis keterangan video itu.

 

Namun, Madu tidak dapat mengenalpasti pengakhiran bagi kisah khemah terbang dan gadis ini. Semoga baik-baik saja!

 

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakkan warganet merasa serba salah samada nak gelak atau kesian atas kejadian yang terjadi itu.

 

Video terbabit telah mencapai 476.4k tontonan, 66.4k tanda suka serta 702 komen di TikTok.

Post a Comment