Kantoi Curang Tapi ‘Play Victim’, Lelaki Sanggup Lanyak Kekasih Hingga Separuh Mati! – Manis Madu
Kantoi Curang Tapi ‘Play Victim’, Lelaki Sanggup Lanyak Kekasih Hingga Separuh Mati!

Kantoi Curang Tapi ‘Play Victim’, Lelaki Sanggup Lanyak Kekasih Hingga Separuh Mati!

Berdepan dengan ‘abusive husband’ dalam hubungan perkahwinan memang mimpi ngeri buat seorang wanita! Bayangkan, lelaki yang diharapkan menjadi pelindung, tempat bermanja dan mendapat kasih sayang tetapi malangnya diperlakukan dengan tidak sepatutnya.

 

Di media sosial juga boleh dikatakan ramai yang berkongsi pernah dipukul tetapi bukan oleh suami tetapi kekasih atau tunang.

 

Baru-baru ini, seorang lagi gadis berkongsi beberapa video menceritakan dia pernah dipukul hingga separuh mati oleh bekas kekasih sebelum bertindak memutuskan hubungan tersebut.

 

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, gadis tersebut kelihatan dipukul hingga mengakibatkan bengkak di pipi, bibir, berdarah serta terdapat kesan lebam di beberapa anggota badannya.

@nuraina.husni_Bukan niat nak bukak aib sendiri , tapi cuma nak pesan , carilah lelaki yang ada rasa takut untuk memukul kita 🙂 trauma sampai sekarang 😢

♬ Rumah Singgah – Fabio Asher

“Bukan niat nak buka aib sendiri tapi cuma nak pesan, carilah lelaki yang ada rasa takut untuk memukul kita. Trauma sampai sekarang,” ujarnya.

 

Jelasnya lagi, punca perkara begitu terjadi adalah kerana bekas teman lelakinya didakwa curang namun tidak mengakui perbuatan tersebut malah menyalahkan gadis berkenaan.

 

“Dia yang curang, dia yang play victim. Katanya sebab mulut aku tapi dia tak sedar dia yang kantoi curang dengan bekas kekasih dia lepas tu cakap aku punca sampai dia pukul aku separuh mati.

 

“Betul orang cakap jangan kenal lelaki yang belum selesai dengan masa lalunya. Dia cabar kesabaran aku. Hidup dia tak akan aman,”

 

Meskipun begitu, gadis berkenaan turut meluahkan rasa kesal kerana tidak membuat laporan polis. Ini kerana dia masih memikirkan nasib bekas kekasihnya yang mungkin hilang segala-galanya termasuk keluarga jika laporan itu dibuat.

@nuraina.husni_Sebab dah terlalu penat , & rasa tak boleh nak pendam sesorang 💔 hidup dia takkan aman 🙂 ,

♬ Rumah Singgah – Fabio Asher

“Nak buat report tapi benda dah lama jadi dan muka pun dah elok tapi masih ada kesan. Dia minta maaf sebab dia pukul aku tapi masa dia minta maaf tu dia berbaik dengan bekas teman wanita dia.

 

“Dia takut aku buat report polis pasal dia pukul aku separuh mati. Dia buat aku jadi jahat sampai macam ni. Ya aku tahu karma tu ada tapi sampai bila dia nak terlepas macam tu je,” ceritanya lagi.

 

Baiknya sebab masih fikir masa depan bekas kekasih dia! Tapi keputusan dia untuk putuskan hubungan itu memang tindakan yang bijak dan sepatutnya dia buat. Jangan sampai ter kahwin dengan kaki pukul dan merana hidup nanti!

Post a Comment