Kareena Kapoor Kongsi Gambar Anak Kedua, Terima Ucapan Tahniah Dari Peminat! – Manis Madu
Kareena Kapoor Kongsi Gambar Anak Kedua

Kareena Kapoor Kongsi Gambar Anak Kedua, Terima Ucapan Tahniah Dari Peminat!

Aktres Bollywood jelita, Kareena Kapoor Khan baru-baru ini berkongsi gambar pertama bayi keduanya yang baru lahir.

 

Dalam sekeping gambar monochrome yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Hari Wanita lalu, memperlihatkan Kareena memangku bayinya dengan kapsyen “Tiada apa yang tidak dapat dilakukan oleh wanita. Selamat Hari Wanita.”

Ruangan komen pada gambar tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat, rakan serta keluarga.

 

Pada Ogos tahun lalu, Kareena dan suaminya, Saif Ali Khan mengumumkan berita kehamilannya dalam satu kenyataan.

 

“Kami sangat gembira untuk mengumumkan bahawa kami bakal menerima ahli keluarga baharu. Terima kasih atas ucapan selamat dan sokongan anda semua,” katanya.

 

Media tempatan melaporkan, Kareena melahirkan bayi keduanya di Hospital Breach Candy Mumbai pada 21 Februari lalu.

 

Saif dan Kareena berkahwin pada 16 Oktober 2012. Anak sulung mereka, Taimur dilahirkan pada Disember 2016.

Post a Comment