Kari Kambing Punya Hal, Individu Batal Majlis Perkahwinan & Kahwin Lain – Manis Madu
Kari Kambing Punya Hal, Individu Batal Majlis Perkahwinan & Kahwin Lain

Kari Kambing Punya Hal, Individu Batal Majlis Perkahwinan & Kahwin Lain

Kebiasaannya majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan kerana pengantin lelaki atau perempuan tidak menghadirkan diri semasa hari perkahwinan.

 

Tetapi lain pula yang berlaku di India apabila pasangan pengantin lelaki membuat keputusan untuk membatalkan majlis perkahwinannya hanya kerana gagal menghidangkan kari kambing yang diinginkan.

kari kambing

Menurut India.com, pengantin lelaki yang dikenali Ramakant Patra, 27 tahun itu merupakan penduduk Rebanapalaspal di daerah tetangga Keonjhar.

 

Sebaik tiba di tempat perkahwinan di kampung Bandhagaon, keluarga pengantin perempuan kemudian menyambutnya dengan baik dan menjalankan upacara yang diperlukan sebelum dia dibawa ke ruang makan.

 

Namun Patra kecewa apabila hasratnya untuk menikmati kari kambing di hari bahagianya tidak ditunaikan. 

 

Dia mempersoalkan tentang ketiadaan makanan tersebut sehingga berlaku pertengkaran dengan keluarga perempuan.

 

Patra kemudian membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinannya itu dan meninggalkan majlis tersebut bersama ahli keluarga yang lain.

 

Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila Patra pergi ke rumah kerabatnya di Kampung Gandhapala, Kuhika Panchayat di Sukinda dan mengahwini wanita lain pada malam yang sama sebelum dia pulang ke Rebanapalaspal. 

 

Pembatalan majlis perkahwinan di India bagaimanapun bukanlah sesuatu yang baharu bagi mereka.

Post a Comment