“Katakan Tidak!” Meremang Baca Kesan Buruk Tembakau, Boleh Ragut Nyawa! – Manis Madu
“Katakan Tidak!” Meremang Baca Kesan Buruk Tembakau, Boleh Ragut Nyawa!

“Katakan Tidak!” Meremang Baca Kesan Buruk Tembakau, Boleh Ragut Nyawa!

Tembakau merupakan antara kandungan yang terdapat dalam rokok, cerut, tembakau paip, shisha dan lain-lain dan 31 Mei adalah tarikh untuk  World No Tobacco, jadi Madu akan kongsikan serba sedikit fakta tentang tembakau dan keburukannya terhadap kesihatan.

Tembakau! Tembakau! Tembakau!

Untuk pengetahuan Maduners, orang Eropah mula ‘berkenalan’ dengan tembakau sekitar tahun 1492. Tembakau tersebar dengan cepat di serata dunia setelah 130 tahun larangan pertama penggunaannya diwartakan.

conscious-design-RjN2fIVvDeE-unsplash (1)

Tembakau sangat berbahaya kerana dengan setiap sedutan asap, terdapat 250 bahan kimia beracun memasuki paru-paru yang bukan sahaja merosakkan sel-sel peparu tetapi akan masuk juga ke dalam darah dan beredar ke seluruh badan.

 

Antara kesan buruk pengambilan tembakau adalah:

1. Kurangkan Oksigen Dalam Badan

Kadar toksin dalam tembakau menyebabkan alveoli paru-paru iaitu struktur yang mengatur pertukaran gas semasa pernafasan, gagal berfungsi dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan badan kurang oksigen dan semua sel dalam badan seolah-olah ‘tercekik’.

2. Terdedah Risiko Barah

Jangan tak tahu, penggunaan tembakau adalah faktor meningkatnya pesakit kanser terutamanya kanser paru-paru. Lebih 2 juta diagnosis baru dan lebih daripada 1 juta kematian dilaporkan gara-gara kanser paru-paru.

olga-kononenko-98__MsKaUsI-unsplash (1)

Namun, tembakau bukan sahaja menyebabkan kanser paru-paru tetapi anggota badan lain seperti tekak, pankreas, ginjal, serviks, kolorektal, esofagus dan mulut juga berdepan risiko lebih tinggi.

3. Mengurangkan Kesuburan

becca-tapert-F0ZiHWliGGM-unsplash (1)

Kesan toksin yang berada dalam darah, penggunaan tembakau terbukti dapat mengurangkan kesuburan pada lelaki mahupun wanita. 

 

Buat kaum lelaki, ia akan menyebabkan ereksi tidak berfungsi namun bagi wanita pula akan menyebabkan kekeringan faraj dan masalah lain yang menghalang kesihatan seksual seperti yang sepatutnya.

4. Pembentukan Darah Beku

Kerosakan yang berlaku pada saluran darah akan meningkatkan risiko darah beku dan lebih parah, risiko serangan jantung dan strok. Ini paling seram!

5. Melemahkan Saluran Darah

Kalau korang nak tahu, saluran darah sangat sensitif dan jika beratus toksin berbeza berada dalam darah, akhirnya saluran tersebut akan menjadi lemah.

 

Bayangkan, toksin yang disedut melalui tembakau itu masuk dan menyerap dalam saluran darah. Macam-macam penyakit boleh datang!

6. Meningkatkan Risiko Keguguran

lilartsy-whrscqDO0O4-unsplash (1)

Banyak bukti yang ditemui bahawa perokok wanita, berisiko mengalami keguguran lebih tinggi. Ini kerana semua toksin yang mengalir dalam darah boleh menyebabkan kematian janin.

 

Pendapat Madu adalah seeloknya carilah inisiatif untuk berhenti merokok kerana bukan sahaja membahayakan nyawa korang, tetapi turut memberi kesan kepada orang sekeliling! 

 

Madu tahu tak mudah untuk berhenti merokok, tapi kalau kita tak mulakan langkah untuk berhenti, bila kita nak berhenti merokok? Perlahan-lahan, kemudian lama-kelamaan mesti dah biasa tak perlu pegang rokok untuk merokok! Semoga berjaya!

Sumber: Health

Post a Comment