“Kau Buat Orang Nampak Bodoh!” Gadis Jelaskan Tak Semua Menu Viral Boleh Didapati Di Outlet Starbucks Malaysia – Manis Madu
“Kau Buat Orang Nampak Bodoh!” Gadis Jelaskan Tak Semua Menu Viral Boleh Didapati Di Outlet Starbucks Malaysia

“Kau Buat Orang Nampak Bodoh!” Gadis Jelaskan Tak Semua Menu Viral Boleh Didapati Di Outlet Starbucks Malaysia

Kalau perasan di media sosial, trend mencuba minuman viral di kedai kopi premium seperti Starbucks sentiasa menjadi tarikan dan ikutan anak-anak muda. Pantang ada menu baru, pasti akan viral dan ramai yang mula mencuba.

 

Bukan sahaja kerap ditularkan oleh golongan ‘influencer’ tetapi di laman Twitter misalnya siap ada ciapan tentang menu-menu yang boleh dicuba. Buat mereka yang pertama kali nak mencuba, memang ciapan seperti itu akan menjadi rujukan.

 

Namun, baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang gadis tampil menjelaskan kekeliruan yang bermula daripada satu ciapan oleh seorang pemuda di laman Twitter mengenai menu minuman ‘viral’ Starbucks yang didakwa boleh didapatkan di francais Malaysia.

Menurut gadis itu, tidak semua menu itu boleh didapati di kedai kopi premium Starbucks dan dia juga runsing apabila ramai yang sudah terpedaya dengan hantaran yang tular di Twitter itu.

 

“Benda ni tak menyusahkan tau tapi kau buat orang nampak bodoh. Tak payah la nak bodoh-bodohkan orang,” ujar gadis tersebut dalam videonya.

 

Menurutnya, dia berasa kasihan kepada orang ramai yang telah tertipu dan mungkin berasa hampa kerana menu yang diajarkan itu tidak dijual di mana-mana outlet di Malaysia.

 

Melihat ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang menyokong pendedahan yang dibuat gadis tersebut dan merasakan individu yang memuat naik hantaran menu viral itu sekadar mencari ‘clout’ semata-mata.

Post a Comment