Kebakaran Besar Hutan Baitulmuqaddis, Rakyat Israel Berpindah
Sebuah kebakaran hutan terbesar dilaporkan berlaku di pinggir kota, Baitulmuqaddis, petang semalam.
Kebakaran tersebut telah menyebabkan hampir 10,000 penduduk Israel yang tinggal berdekatan kawasan kebakaran terpaksa dipindahkan apabila api semakin marak.
Mengikut laporan The Times Of Israel, bagi mengelakkan api merebak dengan lebih meluas, anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api dari kebakaran besar lewat petang Ahad.
Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet bagaimanapun sempat mengunjungi lokasi kebakaran pada lewat malam ahad dan mendapat maklumat terkini dari pihak polis serta pegawai bomba berkenaan kebakaran yang berlaku.
“Setakat ini usaha memadamkan api menunjukkan keadaan yang positif, tetapi ia masih belum berakhir sehingga dapat dipadamkan sepenuhnya” – Bennet
Sementara itu, menurut Komander Daerah Bomba dan Penyelamat Baitulmuqaddis, Nissim Twito, beliau memaklumkan bahawa seramai 60 hingga 70 pasukan bomba bersama 12 pesawat serta helikopter telah diarahkan ke lokasi bagi membantu aktiviti memadamkan api.
Seorang anggota bomba berusia 32 tahun bagaimanapun mengalami kecederaan ketika memadamkan api dan telah dirawat ditempat kejadian sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Ichilov.
Punca sebenar kebakaran besar itu berlaku masih belum dapat dijelaskan dan perkara mungkin disebabkan khianat atau kecuaian lain.