Kecewa Dengan Servis Bengkel Proton, Lepas 200 Hari Masih Belum Selesai! – Manis Madu
Kecewa Dengan Servis Bengkel Proton, Lepas 200 Hari Masih Belum Selesai!

Kecewa Dengan Servis Bengkel Proton, Lepas 200 Hari Masih Belum Selesai!

Baru-baru ini, perkongsian daripada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Aaron De Silva memang boleh membangkitkan rasa geram dan marah jika membacanya.

 

Ini berikutan kronologi Aaron menghantar keretanya yang rosak akibat kemalangan untuk dibaiki namun masih tidak dapat diselesaikan hingga hari ini!

 

Menurut perkongsian tersebut, Aaron mengalami kemalangan kereta pada 21/11/2021 dan menghantar keretanya ke Proton untuk dibaiki.

 

Pada awal bulan Disember, dia memaklumkan kepada pihak Proton bahawa insurans nya telah diluluskan dan meneruskan dengan pengiraan kos serta proses membaiki kerosakan keretanya.

 

Sekitar awal tahun ini (2022), dia dimaklumkan bahawa barang gantian keretanya sudah dipasang namun masih belum lengkap kerana barang gantian lain yang dipesan masih belum sampai.

 

Namun, bermula hujung Januari ‘kesengsaraan’ menunggu maklum balas mengenai status keretanya bermula. Korang boleh baca di bawah:

Kini, meskipun selepas 200 hari dari tarikh menghantar keretanya tetapi masih belum siap dibaiki.

 

Dalam hantaran sama, Aaron turut meluahkan kekecewaannya mengenai perkara tersebut. Dia juga mengalami kesukaran untuk bergerak ke mana-mana dan terpaksa membelanjakan wang untuk menggunakan perkhidmatan Grab atau menyewa kereta.

Post a Comment