Kecewa Polisi Covid-19 Berubah-Ubah, Guru Di Perancis Terus Mogok! – Manis Madu
Kecewa Polisi Covid-19 Berubah-Ubah, Guru Di Perancis Ters Mogok!

Kecewa Polisi Covid-19 Berubah-Ubah, Guru Di Perancis Terus Mogok!

Guru di Perancis menghentikan tugas mereka selepas kecewa dengan kerajaan yang dikatakan gagal melaksanakan polisi bersesuaian untuk sekolah dalam menguruskan pandemik Covid-19 dan melindungi kakitangan dan murid daripada jangkitan berkenaan.

class 2 (1)

Menurut laporan, guru, ibu bapa dan pentadbiran sekolah berdepan kesukaran selepas pengumuman keperluan menjalankan ujian yang baru diumumkan sebelum tamat cuti Krismas dan dipinda sebanyak dua kali.

 

“Kami mencapai tahap keletihan dan marah dengan apa yang berlaku sehingga kami tidak mempunyai pilihan selain mengadakan mogok ini bagi menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan,” kata Elisabeth Allain-Moreno, setiausaha kesatuan guru SE-UNSA.

 

Kesatuan menjangkakan banyak sekolah akan ditutup kerana penyertaan guru-guru dalam mogok berkenaan.

class 1 (1)

Sekolah di Paris berdepan situasi bercampur di mana terdapat sekolah yang ditutup sepenuhnya, ada yang beroperasi secara separa dan ada yang beroperasi seperti biasa.

 

Terdapat sekolah yang dibuka hanya untuk kakitangan kesihatan.

 

Kerajaan Perancis didapati mengubah polisi berkaitan kes positif di sekolah di mana ia mengatakan bahawa kelas akan dibuka sebanyak mungkin dan tahap komplikasi adalah harga yang perlu dibayar.

class 3 (1)

“Menteri dan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya dalam keadaan huru-hara ini kerana perubahan yang tidak henti-henti, protokol yang tidak dapat dilaksanakan dan kekurangan alat yang sesuai tidak dapat menjamin (sekolah) berfungsi dengan baik,” kata kesatuan guru.

Post a Comment