Kecoh Pasal Teeth Veneer, Rupanya Ni Rahsia Kalau Nak Bergigi Cantik. Jangan Pula Buat Di Tempat Tak Bertauliah! – Manis Madu
veneer gigi

Kecoh Pasal Teeth Veneer, Rupanya Ni Rahsia Kalau Nak Bergigi Cantik. Jangan Pula Buat Di Tempat Tak Bertauliah!

Sehari dua ini rasanya kecoh di media sosial tentang teeth veneer. Maduners pernah dengar atau tahu tak apa itu teeth veneer?

laughing woman

Teeth veneer atau veneer gigi adalah rawatan yang dilakukan bertujuan untuk memperbaiki penampilan gigi seseorang. Prosedur ini dapat menutup kecacatan pada gigi seperti bentuk, warna, ukuran gigi dan lain-lain mengikut keinginan pesakit. Teeth veneer atau veneer gigi adalah rawatan yang dilakukan bertujuan untuk memperbaiki penampilan gigi seseorang. Prosedur ini dapat menutup kecacatan pada gigi seperti bentuk, warna, ukuran gigi dan lain-lain mengikut keinginan pesakit.

A ceramic veneer is placed

Sumber Gambar: www.aspendental.com

Veneer gigi dibahagikan kepada dua iaitu veneer yang diperbuat daripada porcelain atau resin composite.

 

Haa! Jika tanya veneer mana yang lebih bagus, jawapannya adalah veneer dengan bahan porselin. Ia mampu bertahan lebih lama, tidak berubah warna, menampakkan seperti gigi sebenar dan memberikan warna gigi yang lebih natural.

 

Cumanya untuk pasang veneer poselin ambil masa sedikit kerana korang perlu melalui proses yang memakan masa berhari-hari.

 

Manakala, bahan resin composite lebih nipis dan proses pengikisan perlu dilakukan pada lapisan atas gigi sebelum veneer dipasang. Veneer ini juga lebih mudah kotor dan bertukar warna. Tapi proses pemasangan veneer jenis ini lebih senang dan cepat. Sekali visit ke klinik, dalam 30-45 minit jerr dah dapat hasil!

 

Korang perlulah berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum memilih jenis veneer yang akan dipasang untuk mengetahui veneer jenis mana lebih sesuai untuk gigi.

Prosedur Rawatan Veneer Gigi

Lazimnya, jika melibatkan pemasangan veneer porselin, ia memerlukan 3 kali lawatan pergigian. Pada lawatan pertama, doktor akan rancang rawatan dan tentukan saiz, bentuk dan jenis veneer yang bersesuaian dengan senyuman, bentuk muka dan ciri-ciri estetik pesakit.

 

Pada lawatan kedua pula, prosedur penyediaan gigi yang mana melibatkan sedikit pengurangan pada lapisan enamel akan dilakukan sebelum pemasangan. Pemasangan veneer sementara akan dilakukan jika proses pengurangan lapisan ini melibatkan lapisan dentin.

 

Proses pemasangan sementara dilakukan untuk melindungi gigi sebelum menunggu prosedur veneer porselin oleh makmal perubatan. Jika veneer porselin tersebut telah siap, proses simen veneer akan dilakukan.

 

Harga bagi rawatan ini bagi 16 batang gigi dianggarkan sebanyak RM650 hingga RM2225.

 

Sekarang dah banyak klinik yang menawarkan rawatan ini. Tinggal pilih jerrr. Bagi Maduners yang ada masalah gigi, tak berkeyakinan boleh lah cuba kaedah rawatan ini. Tapi pergi buat rawatan di klinik gigi ya, bukan di tempat yang tak bertauliah!

original_veneer-deluca

Sumber Gambar: www.delucadental.com

Rupanya, artis-artis luar negara yang bergigi cantik kebanyakannya buat rawatan veneer gigi! Patutlah perfect betul susunan, bentuk dan warna gigi mereka!

Post a Comment