Kecoh ‘Pontianak’ Jual Bubur Sagu Di Indonesia – Manis Madu
Kecoh Pontianak Jual Bubur Sagu Di Indonesia

Kecoh ‘Pontianak’ Jual Bubur Sagu Di Indonesia

Seorang peniaga bubur sagu di Indonesia sanggup berpakaian dan mendandan wajahnya seperti hantu ‘pontianak’ untuk menarik pembeli ke gerainya, lapor laman Suara.com.

 

Menurut satu video yang dimuat naik di platform TikTok @khoirunnisa3288, pemilik akaun itu telah merakam aksi peniaga tersebut.

Perakam merupakan salah seorang pelanggan dan telah singgah ke gerai wanita itu untuk membeli juadah bubur sagu.

 

Selain mengenakan solekan menyerupai pontianak, wanita itu juga mengilai dan ketawa, menyebabkan aksinya menjadi perhatian orang ramai.

 

“Bubur sagu jualan cik pontianak,” demikian keterangan yang ditulis pada video tersebut.

 

Video itu sudah ditonton lebih 2.5 juta kali dengan 228,300 tanda suka.

 

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan warganet meluahkan rasa terhibur dengan aksi cik pontianak itu

 

“Saya tidak boleh membayangkan jika membeli bubur itu pada waktu tengah malam,” tulis seorang netizen.

 

“Selepas melihat dia ketawa, saya bukannya takut tetapi turut sama tertawa,” tulis seorang netizen lain.

Post a Comment