Kejam! Bapa Sanggup Lacur Anak 13 Tahun – Manis Madu
Kejam! Bapa Sanggup Lacur Anak 13 Tahun

Kejam! Bapa Sanggup Lacur Anak 13 Tahun

Terbongkar! Bapa tidak berperikemanusiaan sanggup melacur anaknya yang berusia 13 tahun malah juga menjadi pemuas nafsu kepada bapa kandungnya sendiri.

 

Perbuatan terkutuk ini terbongkar selepas remaja tersebut menceritakan kepada makciknya mengenai hal tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan

 

Sumber Gambar: Bernama

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, memberitahu kepada New Straits Times bahawa perbuatan tersebut dilakukan ketika ibu kandung tiada di rumah.

 

Perkara yang lebih sedih adalah remaja tersebut telah dinodai lebih kurang 20 orang lelaki asing.

 

Apa yang lebih mengejutkan Madu bila dapat tahu perkara ini ialah bapanya mengenakan bayaran anggaran RM100 untuk menodai anaknya.

 

Menurut Harian Metro, sejumlah lelaki yang disyaki menjadi ‘pelanggan’ telah ditahan di Cheras dan Kajang.

Bapa melacurkan anak direman

Sumber Gambar: Harian Metro

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 376B/372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

Dalam laporan yang sama, mangsa tersebut telah dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

Post a Comment