Kejam! Isteri Pegawai Polis Seksa & Biar Pembantu Rumah Kelaparan Hingga Maut – Manis Madu
Isteri Pegawai Polis Siksa & Biar Pembantu Rumah Kelaparan Hingga Maut

Kejam! Isteri Pegawai Polis Seksa & Biar Pembantu Rumah Kelaparan Hingga Maut

Tindakan kejam seorang wanita warga Singapura bernama Gaiyathiri Murugayan, 40, yang telah menyebabkan kematian pembantu rumahnya berbangsa Myanmar sangat keterlaluan dan tidak berprikemanusiaan!

Gaiyathiri-Murugayan

Sumber gambar: straitstimes.com

Rakaman kamera litar tertutup yang dipasang Gaiyathiri dan suaminya Kevin Chelvam, 41, untuk mengawasi pembantu rumah dan anaknya telah ditayangkan di mahkamah pada Selasa lalu menyaksikan perbuatan kejam Gaiyathiri terhadap pembantu rumah malang itu.

dw-maid-murder

Sumber gambar: straitstimes.com

Selama lebih kurang 10 bulan, pembantu rumah, Piang Ngaih Don, 24, diserang secara fizikal hampir setiap hari, kekurangan makanan dan rehat, dipukul, disiksa dan diperlukan seperti binatang!

Police officers escorting Gaiyathiri Murugayan (left, in red) and her mother Prema Naraynasamy (right, in red) to their home

Sumber gambar: straitstimes.com

Pihak Pendakwa menuntut hukuman penjara seumur hidup ke atas isteri pegawai polis itu setelah dia mengaku bersalah atas 28 tuduhan melibatkan jenayah serius termasuk pembunuhan.

 

Ibu Gaiyathiri, Prema S. Naraynasamy, 61, merupakan individu yang terlibat sama dalam kes jenayah berat ini dan turut didakwa atas pelbagai tuduhan berkaitan mangsa.

 

Menurut laporan, Gaiyathiri dikatakan melakukan penderaan terhadap Piang kerana dia tidak suka dengan penampilan pembantu rumahnya itu. Piang juga dikatakan lembab, tidak pandai menjaga kebersihan dan makan terlalu banyak.

 

Oleh kerana itu, dia menetapkan beberapa peraturan ketat terhadap Piang berkaitan adab dan kebersihan. Piang hanya dibenarkan rehat selama 5 jam, hanya diberi makan roti yang telah kembang dicelup air, makanan sejuk terus daripada peti sejuk dan nasi pada waktu malam.

 

Piang juga akan dipukul dengan benda-benda seperti botol plastik atau senduk logam, rambutnya akan ditarik dari tanah dan dikenakan besi yang dipanaskan dan dicekik. Piang juga akan ditengking jika melakukan kesalahan atau didapati tidak taat. Selain itu, dia juga akan dipaksa memakai topeng muka berlapis-lapis jika didapati tahap kesihatannya kurang baik.

 

Piang juga mempunyai anak lelaki berusia tiga tahun dan bekerja dengan keluarga tersebut adalah pertama kali dia bekerja di luar Myanmar. Sepanjang bekerja, dia tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit dan tidak dibenarkan cuti sama sekali.

 

Wanita malang itu disahkan meninggal dunia pada 26 Julai 2016 setelah diserang dengan teruk buat kali terakhir. Lebih menyayat hati, berat badan mangsa hanya tinggal 24kg akibat penderaan dan penyiksaan yang diterimanya.

 

Laporan bedah siasat mendapati terdapat 31 bekas luka baru dan 47 kecederaan luaran di seluruh badan. Ia juga didapati berulang kali dicekik pada 25 Julai hingga menyebabkan kekurangan oksigen ke otak dan seterusnya mengakibatkan kematian.

Post a Comment