Kejam! Satu-Satunya Makmal Covid-19 Di Gaza Lumpuh Sepenuhnya – Manis Madu
Gaza

Kejam! Satu-Satunya Makmal Covid-19 Di Gaza Lumpuh Sepenuhnya

Menurut Harian Metro, sebahagian dari klinik Al Rimar di bandar dengan nama yang sama Semenanjung Gaza musnah sepenuhnya dalam serangan tersebut.

 

Berdasarkan pegawai kesihatan di sana pula, akibat serangan bertalu-talu itu juga, beberapa peluru telah terkena sebahagian bangunan yang menempatkan pejabat Kementerian Kesihatan Gaza dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah Qatar .

 

Kata Timbalan Menteri Kesihatan Gaza iaitu Yousef Abu al-Rish, beberapa orang pegawai perubatan telah mengalami kecederaan malahan ramai antara mereka yang cedera parah.

 

Jurucakap kementerian Ashraf Qidra berkata, serangan Israel mengancam usaha untuk menangani pandemik Covid-19.

 

Akibat dari bedilan itu, ujian saringan Covid-19 terpaksa dihentikan serta merta.

 

Sebelum serangan Israel terhadap Gaza bermula sejak seminggu lalu, pihak Kementerian Kesihatan Gaza telah melakukan hampir 1600 saringan setiap hari dan Gaza merupakan antara tempat yang merekodkan kes harian tertinggi di dunia sehingga kebanyakan hospital di sana sesak dengan pesakit.

 

Gaza yang mempunyai kepadatan penduduk seramai dua juta orang telah menerima 122,000 dos vaksin dan separuh daripadanya telah pun diberikan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

Menurut WHO lagi, seramai 103,000 telah dijangkiti wabak itu di Gaza dan 930 daripadanya telah meninggal dunia.

Post a Comment