Kekal On Trend! 5 Kedai Pakaian Berjenama Untuk Wanita Plus-Size Yang Dapat Tambat Hati Korang! – Manis Madu
5 Kedai Pakaian Berjenama Untuk Wanita Plus-Size

Kekal On Trend! 5 Kedai Pakaian Berjenama Untuk Wanita Plus-Size Yang Dapat Tambat Hati Korang!

Kalau outfit tak on-point, confirm kacau mood sehari. Pakaian sentiasa on-point itu penting, tapi yang PALING penting ialah keselesaan.

 

Kadangkala, kalau nak cari baju pula kita annoyed sebab susah nak cari saiz yang sesuai, yang betul-betul boleh muat badan korang. Lebih-lebih lagi, kepada mereka yang mempunyai badan yang agak gempal.

Jadi, hari ini Yaya akan share beberapa butik di dalam dan luar negara yang memenuhi keperluan dan keselesaan wanita yang berisi. Barulah syiokkk korang nak cuci-cuci mata! Tidak lupa juga, untuk dapatkan perasaan puas hati apabila membeli-belah.

1. Plus Closette (IG: @plusclosette)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PLUS SIZE FASHION HUB (@plusclosette) on

Pergi kerja, but make it fashionnnn! Ada Maduners yang minat gaya baju ikat-ikat seperti ini? Sooo stylish!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PLUS SIZE FASHION HUB (@plusclosette) on

Wah cantik gilerrr kaftan model-model ini gayakan! Plus Size Fashion Hub atau juga dikenali sebagai Plus Closette ini ada kedai yang berlokasi di Bangi Sentral, Bandar Dato’ Onn (Johor Bahru) dan juga Sungai Petani (Kedah). Kalau ada antara Maduners yang berdekatan dengan kedai mereka, jangan segan silu, shopping jerrr~ Kalau jauh, online pun ada!

2. ASOS Curve (IG: @asos_loves_curve)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asos Curve (@asos_loves_curve) on

Haa, antara baju yang susah nak cari yang selesa! Pyjamas! Kalau korang tengok @theabbybible gayakan pyjamas oleh ASOS warna oren ini, korang tak jealous ke? Comel terookkkss! Yaya tertarik dengan corak haiwan pada pyjamas tersebut!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asos Curve (@asos_loves_curve) on

Jumpsuit, anyone? Yaya speechless apabila tengok outfit yang ini! Corak kulit ular memang menyerlah! Tapi malangnya ASOS merupakan jenama luar negara, hmm… Cuci mata sahajalah!

3. Mis Claire (IG: @misclaire.boutique)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIS CLAIRE BOUTIQUE (@misclaire.boutique) on

Sudah semestinya, Mis Claire yang dah bertahun-tahun terkenal dengan fesyen plus-size! Sejak tahun 2012! Daripada baju kerja, sehingga baju tradisional dan pakaian harian, semua ada! Tengoklah baju kurung cotton ini! Nampak selesa, kan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIS CLAIRE BOUTIQUE (@misclaire.boutique) on

Koleksi pengapit! Susah tau nak cari baju pengapit yang cantik dan berukuran besar. Nasib baik ada Mis Claire!

4. Woman Within (IG: @womanwithin)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WomanWithin (@womanwithin) on

Selalu Yaya tengok baju kemeja seperti ini, dijual dalam saiz yang kecil sahaja. Tak pun, free size. Tapi, bukan semua orang dapat keselesaan yang menyeluruh kalau pakai baju free size. Termasuklah, Yaya! Akan tetapi, di Woman Within, baju yang dihasilkan kesemuanya dalam lingkungan saiz 12 hingga 44. Syurga untuk plus-size girlsss!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WomanWithin (@womanwithin) on

Bukan setakat baju jer tau, kasut pun ada! Kalau pakai but macam ini, nampak macam country girl! Ala-ala Taylor Swift semasa zaman lebih muda dahulu. Untuk lebih banyak baju nak usha-usha, bolehlah layari website mereka.

5. Violeta by MANGO (IG: @violetabymango)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Violeta by MANGO (@violetabymango) on

Siapa jer yang tak tahu jenama pakaian MANGO? Mustahil! Yaya sangat kagum kerana mereka telah menghasilkan pakaian untuk wanita yang bersaiz besar juga. Secara spesifiknya, produk mereka terletak di bawah nama Violeta by MANGO.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Violeta by MANGO (@violetabymango) on

Skirt pleated seperti ini sesuai untuk dipakai dalam semua jenis majlis. Sama ada formal atau pun sebaliknya, memang boleh menjadi pelengkap pakaian Maduners!

Be comfortable in your own skin! Kalau Maduners nak ketahui lebih banyak lagi lady-boss dan butik pakaian yang menakjubkan, boleh klik di SINI.

Post a Comment