Kekurangan Bekalan Salad, KFC Australia Terpaksa Ganti Menu Dengan Kubis – Manis Madu
Kekurangan Bekalan Salad, KFC Australia Terpaksa Ganti Menu Dengan Kubis

Kekurangan Bekalan Salad, KFC Australia Terpaksa Ganti Menu Dengan Kubis

Kekurangan bahan terutama iaitu daun salad memaksa rangkaian restoran makanan segera KFC Australia sekali lagi membuat perubahan menu, lapor stesen penyiaran CNN.

 

Notis pemberitahuan bahawa mereka akan menambah sayur kubis dalam beberapa produk telah disiarkan di laman web tempatan gara-gara tanaman salad di seluruh negara telah musnah akibat banjir baru-baru ini.

marques-thomas-EtwjfJ79cqI-unsplash (1)

“Kami menggunakan campuran salad dan kubis pada semua produk yang mengandungi salad sehingga pemberitahuan lanjut kelak,” katanya dengan merujuk kepada kekurangan bekalan berlaku akibat banjir di New South Wales dan Queensland.

eric-prouzet-DzN-T3ceOMI-unsplash (1)

Restoran di negeri-negeri lain yang akan turut terjejas termasuk Victoria dan Tasmania dan menu yang dijangka mengalami perubahan seperti Burger Zinger dan Crunch Twister wrap.

 

“Pelanggan yang memilih untuk tidak menerima perubahan itu boleh menarik diri daripada pembelian,” kata rangkaian itu.

 

Baru-baru ini, pelbagai jenis pengurangan atau penangguhan bekalan dalam beberapa siri krisis termasuk kekurangan tenaga buruh akibat pandemik, cuaca buruk dan perang Russia di Ukraine menjadikan pengeluar makanan di seluruh dunia bergelut dan tersepit mendapatkan bekalan bahan mentah.

 

Awal tahun ini, KFC juga bergelut untuk mendapatkan bahan terpenting iaitu ayam.

Post a Comment