Keluaran Terbaharu Calaqisya Berkonsepkan Kartun Disney Villains – Manis Madu
Keluaran-Terbaharu-Calaqisya-Berkonsepkan-Kartun-Disney-Villains

Keluaran Terbaharu Calaqisya Berkonsepkan Kartun Disney Villains

Koleksi terbaharu Calaqisya yang berkonsepkan karakter antagonis dari kartun Disney Villains merupakan koleborasi kedua busana ini bersama syarikat Disney.

Standing-L-R_-Yana,-Azrina.-Sitting_-Farah-768

Watak antagonis dari Disney ini memberi cetusan idea dan inspirasi bagi mencipta busana yang menarik dan selesa terutamanya kepada wanita muslimah di luar sana.

Villains-Kaftan-Cruella-Brick-3

Membesar dengan menonton filem Disney, idea yang dibawakan ini tercetus apabila mula memahami watak yang dibawa dalam filem kartun Villains.

 

Corak dan bentuk yang diketengahkan Calaqisya ini menekankan watak wanita jahat dari kartun Villains dimana ia mungkin wujud pada dunia realiti masa kini.

Villains-Kaftan-Cruella-Sand-1
Villains-Kaftan-Spell-Aurora-3
Villains-Kaftan-Vine-Burnt-3
Villains-Conjure-Evil-Queen-Dress-Blush-3-768

Sebanyak enam Kaftan polos yang direka diberi nama unik berdasarkan kartun Disney Villeins iaitu Spell, Creepers, Cruella, Vein dan Conjure.

 

Kesemua rekaan ini mempunyai keunikan dan bentuknya yang tersendiri untuk koleksi Calaqisya X Disney.

 

Rekaan yang lebih kasual, santai dan mesra untuk ibu yang menyusu badan ini juga sangat sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja.

Villains-Kaftan-Creepers-Thistlewit-2
Villains-Kaftan-Creepers-Thistlewit-1

Apa yang lebih menarik dan istemewa ialah koleksi ini memperlihatkan sulaman halus pada fabrik yang mampu menarik minat pembeli dimana ia direka khas dan bercahaya semasa di tempat gelap (“glow in the dark”).

 

Setiap jenis rekaan bermula dari seni garisan sehingga ke sulaman yang dibuat cukup terperinci.

 

Bagi sesiapa yang berminat dengan koleksi terbaru ini, boleh mula mendapatkanya dengan harga Rm199 sehingga RM 289 mulai 7 April 2021.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Calaqisya dan koleksi terbarunya, boleh layari laman web Calaqisya di www.calaqisya.com atau laman sosial Instagram @calaqisya.

Post a Comment