Keluarga Alami Detik Cemas, Kipas Siling Jatuh Waktu Makan Malam – Manis Madu
Keluarga Alami Detik Cemas, Kipas Siling Jatuh Waktu Makan Malam

Keluarga Alami Detik Cemas, Kipas Siling Jatuh Waktu Makan Malam

Tidak kiralah dimana sahaja anda berada, walaupun sudah berhati-hati tetap juga boleh ditimpa musibah. Bak kata pepatah “Malang tidak berbau”.

 

Begitu juga dengan nasib yang berlaku ke atas sebuah  keluarga di Vietnam ini apabila kipas siling di ruang tamu rumahnya tiba-tiba terjatuh pada Julai yang lalu.

 

Menurut Daily Mail, enam sekeluarga ini ketika itu sedang duduk di lantai sambil menikmati makan malam di rumah.

 

Sebelum kejadian berlaku, seorang kanak-kanak lelaki difahamkan terdengar bunyi sesuatu dan sempat mendongak ke arah siling.

 

Beberapa saat kemudian, kipas siling yang dilihat itu pun jatuh ke lantai tepat di bahagian dia sedang duduk. 

 

Bilah kipas berkenaan jatuh diantara kanak-kanak itu dan dua orang ahli keluarga yang lain. Mujur nasib menyebelahi mereka kerana kipas tersebut tidak menghempam mereka dan tiada sebarang kecederaan berat yang berlaku.

 

Di dalam video tersebut, ibu kanak-kanak itu juga dilihat sangat terkejut dan segera mendapatkan anak lelakinya bagi memastikan anaknya tidak mengalami kecederaan.

Post a Comment