Kemalangan Ketika Aksi Lumba Kuda, Pelumba Kuda Wanita Ini Cedera Parah – Manis Madu
Kemalangan Ketika Aksi Lumba Kuda, Pelumba Kuda Laura Lafferty Cedera Parah

Kemalangan Ketika Aksi Lumba Kuda, Pelumba Kuda Wanita Ini Cedera Parah

Seorang joki wanita dimasukkan ke hospital selepas mengalami kemalangan ketika aksi lumba kuda, baru-baru ini, lapor Daily Star.

 

Laura Lafferty, 22, dikhabarkan mengalami kecederaan akibat terjatuh. Ini berikutan berlaku pelanggaran dengan penghadang sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Laura Lafferty dikhabarkan mengalami kecederaan akibat terjatuh

Sumber Gambar: Daily Star.

Kejadian berlaku ketika acara lumba kuda itu berlangsung di Swan Hill, Victoria, Australia.

 

Dalam perkembangan semasa, dia dilaporkan sudah sedarkan diri dan berupaya menggerakkan badannya.

 

“Laura Lafferty sudah sedar dan boleh menggerakkan anggota badannya.

 

“Dia dibawa ke hospital untuk imbasan dan berkemungkinan mengalami kecederaan bahu dan pinggul,” ujar wakil acara itu.

 

Rentetan kejadian berkenaan, siasatan telah dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan itu berlaku.

Post a Comment