Kemanisan Harum Manis Di Perlis Indera Kayangan! Beqhenti Sat! Mai Keluaq Kita Ronda Perlis! – Manis Madu
Mai Keluaq Kita Ronda Perlis

Kemanisan Harum Manis Di Perlis Indera Kayangan! Beqhenti Sat! Mai Keluaq Kita Ronda Perlis!

Perlis Indera Kayangan, negeri paling kecil di Malaysia. Walaupun kecil, tapi jangan pandang rendah tau!

 

Walaupun keluasan tidaklah sebesar negeri Pahang, tapi banyak tempat menarik, kisah bersejarah dan makanan yang ditawarkan negeri Perlis!

 

Mesti ada yang tak tahu sebenarnya Perlis ada acara tahun mereka tersendiri tau! Acara yang diberi nama Pesta Angin Timur tersebut menarik ribuan orang termasuk luar daripada Perlis!

Pesta-Angin-Timur-Perlis-2020-768

Sumber Gambar: Facebook

Bagi Maduners yang tak tahu sebenarnya Perlis sangat sinonim dengan buah Mempelam Harumanis. Sebut jea, confirm akan teringat, memang sedap.

Mempelam-Harumanis-768

Sumber Gambar: www.libur.com.my

Ia dipanggil harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan semestinya manis macam Maduners. Chiaaa! Tak lengkaplah kalau melawat ke Perlis tanpa merasai kemanisan mempelam harumanis.

Selain daripada makanan, Perlis pun tidak kurang hebat kalau bab tempat menarik. Please ehh guys! Jangan underestimated Perlis tau!

Masjid Terapung, Kuala Perlis

Waze: Masjid Al Hussain Kuala Perlis 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Masjid-terapung-al-Hussein,-Kuala-Perlis-768

Sumber Gambar: www.flickr.com

Kalau nak tengok sunset, ini lokasi yang paling sesuai untuk Maduners. Sambil-sambil nak saksikan permandangan matahari terbenam di garisan pantai,boleh lepak makan-makan.

Gua Kelam 2, Perlis

Waze: Kelam Cave (Taman Rekreasi Gua Kelam) Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis

 

Baru sahaja dibuka pada tahun 2020 untuk orang ramai yang berminat untuk teroka dan rasai sendiri pengalaman adventure ke dalam gua tersebut.

GUA-KELAM1-768

Sumber Gambar: www.perlis.gov.my

Alif nak kongsi satu fun facts, Gua Kelam 2 yang terletak di Banjaran Nakawan merupakan satu tempat bersejarah penting kerana menjadi satu-satunya gua yang pernah dijadikan kawasan perlombongan.

Kangar Street Art 2.0

Waze: Kangar Street Art 2.0Lorong Seni, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Safuan Shukri (@safuan_shukri) on

Mempamerkan 80 mural hasil anak tempatan daripada Perlis, menjadikan dinding lorong belakang bangunan using di tengah bandar sebagai kanvas.

 

Setiap mural yang dipamerkan ada keunikan dan kreativiti yang selama ini sinonim serta menjadi identiti negeri Perlis. Jangan lupa singgah ke sana okee!

 

Siapa kata Perlis tak cantik dan tertarik. Selalu kita dengar netizen kata Perlis ni ada 7 orang penduduk sahaja kan. Sebab jadi negeri paling kecil, mesti tak ramai yang duduk di sana.

 

Sebenarnya, walaupun hanyalah kecil dimata kita namun tersimpan banyak kisah dan khazanah yang boleh kita teroka dan travel disana taw! Jom travel ke Perlis!

Post a Comment