Kemaruk Cinta ‘Datuk Amerika’, Wanita Ditipu RM223,010 – Manis Madu
Kemaruk Cinta Datuk Amerika, Wanita Ditipu RM223,010

Kemaruk Cinta ‘Datuk Amerika’, Wanita Ditipu RM223,010

Memetik laporan dari Harian Metro, mangsa yang juga merupakan seorang penjawat awam berusia 44 tahun berkata beliau mengenali jejaka yang berpangkat ‘Datuk’ itu menerusi akaun media sosial Facebook sejak November lalu.

 

Menurut Datuk Shafien Mamat, Ketua Polis Kelantan mangsa diperdaya suspek apabila mengatakan beliau tinggal di Amerika Syarikat dan berjanji untuk bekerja dan berkahwin dengannya di Malaysia.

 

“Mangsa meneruskan hubungannya dengan jejaka terbabit apabila mula berhubung melalui Whatsapp dan dua bulan selepas itu suspek berjanji untuk berkahwin dengannya.

 

“Januari lalu, suspek memberitahu mangsa bahawa dia dalam proses berpindah ke Malaysia namun kad kreditnya gagal untuk melakukan transaksi.

 

“Maka, mangsa dengan niat membantu mangsa telah melakukan lebih dari 59 transaksi kepada 10 akaun berbeza bermula Januari hingga April dan jumlah keseluruhannya mencecah RM223,010”, katanya ketika ditemubual.

 

Sumber wang mangsa adalah Tabung Haji miliknya, hasil jualan emas, hasil jualan kereta pemberian bekas suami dan pinjaman dari bapa.

 

Beliau disyaki telah ditipu apabila suspek meminta wang sebanyak RM1700 dengan alasan telah dikompaun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebanyak RM1000 dan RM700 digunakan untuk kos sepanjang ditahan polis.

 

“Tahun ini sahaja 4 kes yang melibatkan ‘Love Scammer’ dilaporkan dan ini adalah kerugian terbesar dilaporkan maka saya menasihatkan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan janji manis orang yang baru dikenali di media sosial kerana itu modus operandi utama scammer”, ujarnya.

Post a Comment