Kena Tahu, Ini Dia 5 Makanan ‘Rare’ Korang Boleh Jumpa Di Negeri Kedah! – Manis Madu
5 Makanan Rare Di Negeri Kedah

Kena Tahu, Ini Dia 5 Makanan ‘Rare’ Korang Boleh Jumpa Di Negeri Kedah!

Selalunya sebut pasal makanan best dan rare, negeri Sabah dan Sarawak mesti antara negeri terawal yang terlintas dalam fikiran Maduners kan?

 

Jarang kita dengar tentang makanan rare dari negeri lain. Haa hari ini, Anis nak kongsi 5 makanan rare yang ada di negeri Kedah.

 

Negeri ini juga familiar dengan nama Negeri Jelapang Padi kerana ia mempunyai sumber tanaman padi terbesar di Malaysia. Tapi tak ramai yang tahu tentang makanan tradisional atau makanan rare yang wujud di Kedah!

1. Bronok

 

View this post on Instagram

 

A post shared by miss wani izzati (@wanimutiaraa) on

Bronok merupakan sejenis haiwan laut yang seakan akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Tetapi, tekstur bronok sedikit berbeza daripada gamat kerana bronok mempunyai tekstur yang lebih keras dan kenyal.

 

Hidangan bronok ini boleh didapati di Langkawi bahkan ia merupakan salah satu hidangan istimewa di sana. Bronok di makan mentah iaitu dijadikan kerabu dan dinikmati dengan nasi sebagai lauk atau diratah begitu sahaja.

 

Bronok perlu di makan mentah kerana sifatnya yang sangat sensitif dengan haba yang mana ia akan mencair menjadi air masin jika dipanaskan.

2. Kerabu belangkas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asyura Othman (@aruysa) on

Satu lagi hidangan kerabu terkenal di Kedah iaitu kerabu belangkas. Belangkas mudah jerr nak tangkap di tepi pantai sebab dia tak menggigit. Selain dibakar, belangkas memang sedap kalau dibuat kerabu seperti yang di amalkan masyarakat di Kedah.

Tapi untuk makan belangkas ini, Maduners kena makan dengan cara yang betul. Kalau tak, boleh mengundang mudarat pada diri. Jadi, sebelum masak belangkas Maduners kena rendam dan cuci belangkas tu sebersihnya dulu. Kemudian, belangkas  mestilah dipotong dengan betul, dicuci najis dan dibuang racun.

3. Sup gamat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The_aL86 (@al_hafisz86) on

Sebut gamat  mesti akan ingat minyak gamat yang selalu beli di Langkawi sebagai ole-ole untuk keluarga dan kawan. Sebabnya, tempat proses hidupan laut bernama gamat ini daripada gamat mentah menjadi minyak kebanyakannya dilakukan di Langkawi, Kedah.

 

Walaupun tekstur dia yang lembut dan kadang-kadang orang akan geli tapi banyak khasiat yang boleh diperoleh melalui semangkuk hidangan sup gamat di Kedah.

4. Peknga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RidzuanRahim 🇲🇾 (@byridzuanrahim) on

Kalau tadi kita dah tengok hidangan lauk pauk yang rare sekarang Anis akan kongsikan kuih muih pula. Peknga atau nama lainnya ialah lempeng. Di Kedah, lempeng dipanggil peknga atau tempek. Terdapat beberapa jenis pilihan peknga seperti peknga pisang atau peknga kelapa.

 

Hanya campuran tepung, kelapa, gula dan garam tapi bancuhan dan cara masak kena betul kalau tak peknga yang dihasilkan kurang sedap kerana rasa dan tekstur yang kurang menjadi.

 

Bayangkan menikmati peknga ini panas-panas di waktu pagi bersama sisipan kopi O sememangnya tak boleh nak menolak. Sangat menyelerakan!

5. Emping beras kelapa parut

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erna Hezreen Hamzah (@ernahezreenhamzah) on

Emping beras kelapa parut ini sebenaranya ialah makanan tradisional masyarakat Kedah. Emping dihasilkan daripada padi yang separuh matang yang telah ditumbuk nipis.

 

Cara membuat emping beras kelapa parut ini sangat mudah sebenarnya dan perlukan beberapa bahan  saja seperti emping padi, kelapa parut, gula dan garam.

 

Tapi yang sedihnya emping beras ini sudah semakin kurang permintaan dan Anis yakin tidak ramai yang tahu tentang kewujudan emping berat kelapa parut ini.

 

Jadi Maduners yang dah habis pusing Kedah tapi belum cuba 5 hidangan ini, kena cuba dulu baru boleh cakap dah habis pusing satu negeri Kedah!

Post a Comment