Kena Tipu Masa Nak Beli Rumah Pertama? Ini Hal Yang Perlu Wanita Luar Sana Tahu – Manis Madu
Beli Rumah

Kena Tipu Masa Nak Beli Rumah Pertama? Ini Hal Yang Perlu Wanita Luar Sana Tahu

Kebiasaannya, apabila kita sudah bekerja semestinya perkara pertama yang kita fikir adalah rumah bukan?

 

Tapi, tahukah anda yang sebenarnya dah banyak kes penipuan jual beli rumah yang berlaku contohnya hal-hal guaman dan yang paling biasa berlaku adalah bila dah dapat kunci, keadaan rumah pula yang teruk retak sana-sini.

 

Hari ini, Madu nak bagi beberapa tips yang boleh Maduners semua ambil sebelum anda buat keputusan untuk beli rumah!

#1 Kewangan

Kewangan

Sebelum anda beli rumah, pastikan anda tahu status kewangan anda. Perlu kaji semula berapa gaji anda, apa komitmen anda dan juga mampu atau tidak anda nak bayar rumah pada setiap bulan on-time?

 

Soalan yang biasa agen-agen jual rumah dengar bila dengan mereka yang nak beli rumah adalah “Kalau gaji RM3,000 boleh beli rumah macam mana?”.

 

Bagus soalan itu, jadi sebelum anda buat keputusan untuk beli rumah, kaji dulu kemampuan anda, jangan ikut kehendak!

#2 Pilih Rumah

Pilih Rumah

Setelah anda dah kaji kemampuan kewangan anda, bolehlah anda pilih rumah mana yang anda mahukan.

 

Anda perlu tahu beberapa perkara seperti dekat ke rumah anda dengan tempat kerja? Dekat ke rumah anda dengan sekolah anak-anak?

 

Bukan itu saja, anda juga perlu buat keputusan sama ada ingin membeli rumah jenis kondominium, apartmen, rumah teres, semi-D, banglo ataupun SOHO.

#3 Buat Permohonan Pinjaman

Buat Permohonan Pinjaman

Untuk buat permohonan di bank, anda perlu tunjukkan resit bayaran tempahan yang ada dah buat pada pemaju.

 

Sebelum anda nak buat permohonan ini, pastikan anda dah  fahami dokumen pembelian dan juga dah lantik peguam hartanah anda.

 

Antara dokumen yang perlu ada masa anda buat permohonan pinjama di bank adalah:

 

  • Resit tempahan
  • Kad pengenalan/pasport
  • Slip gaji
  • Penyata bank
  • Resit cukai pendapatan
  • Penyata EPF

 

Pinjaman pun ada banyak jenis jadi anda boleh tanya kepada bank berkenaan untuk lebih faham mengenai pinjaman ini!

#4 Lawat Lokasi Rumah Secara Berkala

Lawat Lokasi Rumah Secara Berkala

Semestinya, sebelum korang semua nak pilih rumah pasti dah tengok keadaan rumah.

 

Bila dah tanda tangan SPA, lawat proses binaan sekali-sekala untuk tengok perkembangan rumah anda.

 

Kalau ada apa-apa yang tak sama dengan SPA contohnya keluasan tanah/unit, bahan yang digunakan, malah kalau pembinaan lambat sekalipun, anda boleh bangkitkan dengan pemaju.

 

Nak lagi sebab anda dah mula bayar progressive billing itu!

#5 Pindahan Milik Rumah

Selepas proses pemindahan pemilikan rumah ini, anda perlulah buat pemeriksaan terakhir sebelum anda duduk di rumah itu. Selain dari keadaan rumah, anda juga perlu tengok keadaan di luar rumah seperti kawasan perumahan dan juga kejiranan.

 

Pastikan anda dapat seperti apa yang telah anda tengok dan perhatikan kawasan persekitaran!

 

Itulah dia proses yang perlu anda fahami! Selepas ini yang cakap wanita perlukan lelaki untuk beli rumah, cili mulut mereka!

Post a Comment