Kenali Pekan, Pahang! 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Lawati Negeri Pahang! – Manis Madu
Kenali Pekan, Pahang! 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Lawati Negeri Pahang!

Kenali Pekan, Pahang! 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Lawati Negeri Pahang!

Dalam senarai yang akan dirungkai ini, bukan saja tempat-tempat best yang akan korang tahu tapi juga makanan! So let’s go!

1. Muzium Sultan Abu Bakar

muzium (1)

Sebenarnya muzium ni adalah sebuah rumah Residen British yang dibina pada tahun 1929, tapi pada tahun 1948 Sultan Pahang telah beli rumah ini dan jadikan sebagai istana yang diberi nama Istana Kota Beram. 

 

Kemudian tuanku telah berpindah ke Istana Sultan Abu Bakar dan kemudiannya Istana Kota Beram ini dijadikan muzium pada tahun 1976.

 

Lokasi ini paling best nak ambil gambar, memang gah binaan dia! Tipnya korang pergi bila langit tengah cerah, memang akan nampak estetik!

2. Murtabak Mengkasar

meg 1

Jujur! Fazlan rasa murtabak ini antara murtabak yang paling sedap yang pernah singgah dekat tekak Fazlan. Istimewanya juadah ini, resipi murtabak dia adalah warisan turun temurun dari tukang masak Sultan Pahang terdahulu.

 

Antara menu yang paling banyak customer order bila datang sini adalah murtabak daging special dia. Fuhhhhh! Sedap gila! Special itu maksudnya murtabak tu disalut telur.

Tapi ada menu lain yang Maduners boleh pilih macam murtabak ayam special, murtabak biasa dan banyak lagi.

meng 2 (1)

Maduners semua wajib singgah kalau datang sini!

3. Tasik Chini

chini 1 (1)

Fazlan tahu biasanya kalau dengar tentang Tasik Chini mesti korang fikir pasal naga sahajakan?

 

Tasik Chini ini sangat cantik! Yang minat pemandangan flora dan fauna mesti jatuh cinta punya! Paling best boleh camping kat sini!

Selain camping, kat sini pun ada banyak sangat chalet yang korang boleh sewa untuk aktiviti kekeluargaan waktu hujung minggu.

pahang 2 (1)

Tasik Chini memang kaya dengan sumber biologi. Terdapat 138 spesies flora, 300 spesies haiwan bukan akuatik dan 144 spesies ikan air tawar. Beribu-ribu teratai air berwarna putih dan merah jambu ada di tasik dari Ogos hingga September, mengubah tasik menjadi taman terapung pelbagai warna yang sangat instagrammable!

4. Black Water Jewel

black jewel (1)

Black Water Jewel paling orang ramai tak tahu ada di Pekan, Pahang.

 

Tempat ini diberi nama Black Water Jewel sebab airnya yang hitam dan bercampur dengan tanah gambut.

 

Sepanjang naik bot dekat sini, Maduners akan nampak banyak penempatan orang asli yang tengah buat aktiviti seharian mereka, sangat seronok sebab dapat tengok budaya mereka.

5. Pantai Air Leleh

pantai leleh (1)

Pekan ini memang popular dengan pantainya, salah satunya okasi pantai yang wajib anda pergi adalah Pantai Air Leleh! 

 

Pantai ini kalau hujung minggu memang ramai sangat pengunjung yang bawa keluarga mereka berkelah, berkhemah dan macam-macam aktiviti lagi.

 

Bonus! Yang ini istimewa lokasi di Kuantan, Pahang.  Ada sebuah kedai yang diberi nama Maggi Telur Sotong. Kedai ini sangat popular di kalangan penduduk tempatan sebab rasa makanannya yang voilla!

Siapa yang tak pernah makan mi maggi sotong ini memang wajib datang sini!

 

Haa, lepas dah tahu serba sikit tentang Pekan ini ada rasa nak datang tak? Jom bawa keluarga dan kawan-kawan Maduners bercuti di Pekan, Pahang!

 

Sumber: Ammboi, Libur, Husniey Husain, Tourism Pahang, Anim Hosnan, Super Meng Malaya

Post a Comment