Kenali Peluncur Ais Malaysia, Sangeeta Retnakumar Yang Menang 5 Pingat Emas Di Bangkok! – Manis Madu
Sangeeta-Retnakumar-Yang-Menang-5-Pingat-Emas-Di-Bangkok

Kenali Peluncur Ais Malaysia, Sangeeta Retnakumar Yang Menang 5 Pingat Emas Di Bangkok!

Peluncur ais Malaysia, Sangeeta Retnakumar baru-baru ini telah berjaya merangkul 5 pingat emas dalam pertandingan yang diadakan di Bangkok, Thailand pada bulan Januari yang lepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sangeeta Retnakumar (@sangeeta_2008)

Sangeeta yang berusia 12 tahun telah bertanding dalam Ice Skating Institute (ISI) Asia Final Championship Series dan berjaya menduduki tempat pertama dalam acara Freestyle 4, Solo Comp F4, Footwork F4,Open FS Silver, dan Drama Sport FS4. Hebatnya!

 

Murid tahun enam dari SK Pusat Bandar Puchong 2 mewakili Sunway Pyramid Ice Academy dalam pertandingan yang berlangsung selama lima hari itu.

 

Menurut lama web ISI, pertandingan tersebut terbuka untuk peserta yang memiliki 60 mata terkumpul dan pemain yang berusia antara enam hingga 12 tahun.

 

Atlet Olimpik Musim Sejuk ini juga berkata bahawa beliau mendedikasikan kemenangannya kepada neneknya, Raja Hispery Muthu yang telah meninggal dunia bulan lalu.

 

“Dia adalah berkat terbesar saya,” tutur Sangeeta.

 

“Saya juga ingin mengucapkan teima kasih kepada pelatih saya Micheal Chak dan Angeline Chan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sangeeta Retnakumar (@sangeeta_2008)

Walaupun usianya masih muda, setiap hari Sangeeta akan mengorbankan waku tidurnya dengan bangun sebelum subuh untuk latihan sebanyak empat kali seminggu.

 

“Dia harus bangun seawal jam empat pagi dan pergi berlatih. Ayahnya akan membawanya ke tempat latihan,” menurut ibunya.

 

Ibu bapanya adalah insan yang memainkan peranan penting dalam perjalanan karier Sangeeta sebagai pemain luncur ais bertaraf dunia.

 

Sebagai rekod, Sangeeta telah memenangi pertandingan di Bangkok menentang 128 peserta lain daripada Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Post a Comment