“Kenapa Anda Semua Bodoh?” Catriona Ross Hentam Netizen Degil – Manis Madu
Kenapa Anda Semua Bodoh Catriona Ross Hentam Netizen Degil

“Kenapa Anda Semua Bodoh?” Catriona Ross Hentam Netizen Degil

Pelakon Catriona Ross meluahkan rasa berang dan marah terhadap segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil untuk berpusu-pusu pulang ke kampung sebaik sahaja kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan atau ‘total lockdown’ bermula 1 Jun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

Menurut laporan Kosmo!, Catriona yang sedang popular dengan dengan karakter Kak Kek Dari Pattani berkata, tindakan degil orang ramai, sekali gus menunjukkan punca kenaikan kes harian positif Covid-19 di negara ini adalah berpunca daripada kegagalan rakyat sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

“Mengapa masih ramai lagi yang tidak faham dengan apa yang berlaku sekarang?

 

“Saya memang rasa nak marah sebab ramai kata kerajaan gagal. Tetapi sebenarnya yang gagal itu adalah kamu semua yang tidak ikut prosedur operasi standard (SOP). Bila kerajaan umum lockdown, tiba-tiba sesak lebuh raya,” ujarnya.

 

Tambah pelakon filem Mistik itu, dia berasa hairan dengan sikap rakyat Malaysia apabila ramai yang meroyan dan bising meminta kerajaan melaksanakan total lockdown.

 

Namun selepas keinginan rakyat dipenuhi (lakukan lockdown), semua kelam-kabut untuk berada di atas jalan raya dan berpusu-pusu pulang ke kampung.

 

“Anda semua mementingkan diri sendiri, tidak berhati perut dan menyusahkan ramai pihak.

 

Why are you stupid? (mengapa anda bodoh?). Ramai yang kononnya ada dokumen sah untuk keluar balik kampung.

 

“Sebenarnya anda semua sangat mementingkan diri sendiri dan tidak berhati perut kerana tidak memakai akal fikiran yang diberikan Allah SWT,” katanya.

 

Pada Jumaat lalu, tular dalam media sosial keadaan di lebuhraya Pantai-Timur yang sesak teruk dengan penambahan jumlah kenderaan di atas jalan raya dari Kuala Lumpur.

 

Difahamkan, ada sebahagian besar pemilik kenderaan tersebut mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung sebelum negara melaksanakan total lockdown bermula esok sehingga 14 Jun nanti.

Post a Comment