Kerajaan Ambil Tindakan Haramkan Sugarbook! Tapi Aplikasi Tersebut Masih Boleh Di Akses? – Manis Madu
Kerajaan Ambil Tindakan Haramkan Sugarbook

Kerajaan Ambil Tindakan Haramkan Sugarbook! Tapi Aplikasi Tersebut Masih Boleh Di Akses?

Baru-baru ini, kecoh di alam maya tentang isu yang melibatkan beberapa buah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dengan satu aplikasi yang dikenali sebagai Sugarbook.

Sugarbook Billboard 01

Sumber Gambar: Facebook.com

Sugarbook adalah sebuah aplikasi yang menyediakan platform temu janji untuk wanita memilih secara bebas apa yang dikehendaki dalam hubungan yang ideal tanpa dinilai.

 

Namun ia lebih sinonim dengan perkhidmatan ‘sugar daddy’ dan perkara ini telah mencetuskan kontroversi hebat baru-baru ini.

sugarbook-ban

Sumber gambar: bm.technave.com

Selepas pelbagai kontroversi dan isu melibatkan aplikasi tersebut, Sugarbook kini telah diharamkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 

Walau bagaimanapun, individu yang telah menjadi ahli Sugarbook masih boleh mengakses perkhidmatan tersebut melalui link baru.

 

Menurut satu sumber, Sugarbook telah menghantar emel baru kepada ahlinya tentang cara untuk mengakses perkhidmatan itu selepas ia disekat oleh SKMM. Namun bagi individu yang bukan ahli tapi cuba untuk mengakses, sebuah mesej akan dipaparkan memberitahu bahawa laman web tersebut telah diharamkan di Malaysia atas sebab percanggahan undang-undang.

 

Aplikasi Sugarbook itu juga masih boleh diakses dan tidak dipengaruhi oleh arahan SKMM. Mungkin disebabkan SKMM masih menanti tindakan daripada Google untuk membuang aplikasi tersebut daripada Play Store tempatan.

 

SKMM dikatakan masih lagi dalam penyiasatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan mengenakan tindakan undang-undang jika aktiviti jenayah seperti pelacuran berlaku dalam laman web tersebut.

 

Apa-apa pun semoga tindakan ini memberi kebaikan buat semua. Apa pendapat Maduners tentang isu ini?

Post a Comment