Kerana Bernazar Wanita Ini Bertindak Memotong Lidah! – Manis Madu
Kerana Bernazar Wanita Ini Bertindak Memotong Lidah!

Kerana Bernazar Wanita Ini Bertindak Memotong Lidah!

Baru-baru ini seorang wanita di New Delhi didakwa memotong lidahnya sendiri selepas berjaya memenangi pilihan raya di Tamil Nadu.

 

Menurut laporan MSN, wanita yang dikenali Vanithaa, 32, dari Tamil Nadu ini telah menunaikan nazarnya selepas parti pilihannya menang dalam pilihan raya bagi negeri Tamil Nadu .

 

Wanita tersebut sebelum ini pernah bernazar untuk memotong lidah sekiranya parti yang diwakilinya memenangi pilihan raya yang diadakan baru-baru ini sebagai salah satu tanda pengorbanan.

 

Selepas mendapat keputusan pilihan raya itu, Vanithaa ke sebuah kuil dan memotong lidahnya sebelum berniat menyerahkan kepada pihak kuil.

 

Tetapi, disebabkan sekatan Covid-19, wanita itu hanya meninggalkan lidahnya di luar pintu kuil. Dia kemudian dikejarkan ke hospital kerana di dapati rebah di luar kuil selepas lidahnya dipotong.

 

Selepas sedekad dalam parti pembangkang, DMK meraih kemenangan dalam meyakinkan ke atas pesaingnya di Tamil Nadu dengan menggulingkan parti kerajaan dalam pilihan raya 2021.

Post a Comment