Kerap Diganggu Scammer, Gadis Ini Tubuhkan Group WhatsApp ‘Kenakan’ Scammer – Manis Madu
Kerap Diganggu Scammer, Gadis Ini Tubuhkan Group WhatsApp ‘Kenakan’ Scammer

Kerap Diganggu Scammer, Gadis Ini Tubuhkan Group WhatsApp ‘Kenakan’ Scammer

Situasi menerima panggilan telefon atau mesej dengan tujuan penipuan pasti pernah berlaku kepada kita. Lebih parah apabila ada yang percaya sehingga lalu menanggung kerugian!

 

Melalui laman TikTok, baru-baru ini seorang gadis membuat hantaran tentang bagaimana dia ‘kenakan’ scammer yang kerap kali menganggunya.

Dalam video berkenan, gadis tersebut dilihat mewujudkan sebuah group di aplikasi Whatsapp. Apa yang mencuit hati adalah apabila dia menambah ahli ke dalamnya beberapa orang.

 

Ternyata nombor-nombor tersebut merupakan scammer yang menganggunya.

 

“Selamat datang ke Group Scammer Berjaya! Sila perkenalkan diri masing-masing. Sudah saling kenal mengenali boleh tambah ilmu untuk scam orang lain,” tulis gadis itu.

Selamat datang ke Group Scammer Berjaya

Gadis tersebut turut menjadikan scammer tersebut sebagai ‘admin’ lalu bertindak keluar daripada group tersebut.

 

Rata-rata warganet terhibur dengan tindakan gadis tersebut malah ada juga daripada mereka memuji idea yang dilakukannya dan akan mencubanya nanti.

 

Video berkenaan telah memperoleh 443.5k tontonan serta 32.6k tanda suka.    

Post a Comment