Kes Buang Bayi Lagi, Korang Kena Tahu Kewujudan & Fungsi Baby Hatch! – Manis Madu
Kes Buang Bayi-Kewujudan-Fungsi Baby Hatch

Kes Buang Bayi Lagi, Korang Kena Tahu Kewujudan & Fungsi Baby Hatch!

Baru-baru ini terdapat lagi kes buang bayi yang di Pulau Pinang pada Ahad lepas. Bayi seberat 3.2 kg yang dibaluti dengan tuala ini telah dijumpai di dalam sebuah beg.

kes-buang-bayi-yang-di-Pulau-Pinang

Sumber Gambar: inforoadblockjpjpolis

Laporan The Star daripada Ketua Polis Daerah George Town mengatakan bahawa anak kecil ini tidak mempunyai sebarang kecederaan, namun tali pusatnya terputus. Nama, umur dan kaum bayi ini tidak diketahui dan bayi ini telah diselamatkan oleh penduduk sekitar jam 12.40 pm.

bayi-ini-telah-diselamatkan-oleh-penduduk

Sumber Gambar: inforoadblockjpjpolis

Kes ini masih lagi disisasat dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana pembuangan anak.

Hukuman Kepada Pembuang Bayi?

BuangBayi

Sumber Gambar: Astro Awani

Untuk pengetahuan Maduners, terdapat hukuman yang akan dijatuhkan kepada pesalah yang membuang bayi di negara Malaysia. Beberapa Seksyen yang telah diwujudkan bagi kes siasatan ini iaitu Seksyen 302, 307, 317 dan 318.

 

Menurut Berita Harian, Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, manakala Seksyen 307 kanun sama yang membabitkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

 

Seksyen 317 pula membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk membuang bayi dan yang terakhir Seksyen 318 kanun sama kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda kedua-duanya.

 

Namun, mengkut statistik kebanyakkan kes buangan bayi dibabitkan di bawah Seksyen 317 dan 318. Jadi, janganlah suka-suka hati untuk membuang bayi kerana hukumannya memang berat!

Di Mana Pusat Baby Hatch?

Kepada Maduners di luar sana, ketahuilah bahawa sebenarnya terdapat banyak pusat baby hatch yang telah ditempatkan di negara Malaysia. Baby hatch ini adalah sebuah tempat lindungan bayi yang diwujudkan bagi mengelakkan bayi-bayi yang tidak bersalah dibuang di tempat yang tidak sepatutnya.

Jadilah manusia yang bertanggungjawab! Jangan disebabkan kesalahan kita, insan lain yang tidak bersalah harus menanggung sakitnya.

 

~Stay Safe Maduners!~

Post a Comment