Kesan Covid-19, Floating Market Thailand Sunyi Sepi Tanpa Pengunjung – Manis Madu
Kesan Covid-19, Floating Market Thailand Sunyi Sepi Tanpa Pengunjung

Kesan Covid-19, Floating Market Thailand Sunyi Sepi Tanpa Pengunjung

Umum mengetahui, dampak pandemik Covid-19 telah merencatkan seluruh aktiviti dunia. Sektor pelancongan menjadi antara yang paling teruk terjejas!

 

Baru-baru ini melalui satu video yang dimuat naik di laman TikTok mengejutkan dan mengundang simpati orang ramai.

 

Video berkenaan memperlihatkan situasi terkini di floating market terkenal di Hatyai, Thailand yang kini sunyi sepi tanpa pengunjung.

Situasi yang dirakam sekitar bulan Mei lalu menunjukkan pasar terapung yang dulunya sibuk dan meriah sudah tidak lagi beroperasi dan terbiar begitu sahaja.

 

For your information, sekarang nak masuk Thailand dah makin longgar, kalau masuk guna border pass totally macam normal procedure, tak perlu vaksin booster.

 

Tiada sebarang bayaran kecuali RM2 masa nak keluar, cuma max 3 hari saja boleh visit. Untuk passport wajib beli insuran Covid. Katanya Thailand akan longgarkan lagi procedure dalam masa terdekat,” tulis keterangan pemilik video.

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan apa yang terjadi kepada salah satu tempat tarikan pelancong di Thailand itu.

 

“Pernah pergi sekali, meriah. Sekarang tengok macam ni jadi, sedihhh,”

 

“Sampai macam tu sekali penangan Covid-19. Sedih tengok,”

 

Tidak kurang juga ramai warganet yang menyamakan situasi di Thailand dengan kegawatan ekonomi di negara kita. Kebanyakan daripadanya mengingatkan untuk sama-sama memulihkan sektor pelancongan negara terlebih dahulu sebelum melihat keadaan negara lain.

 

“Ekonomi semakin teruk, sekarang RM pun jatuh. Kita support negara kita dulu. Jana ekonomi, berbelanja dalam negara sendiri. Semoga dipermudahkan semua yang terkesan,” 

 

“Takpe la, tempat orang. Yang kita kena fikir sekarang, tempat kita, orang kita, duit RM kita. Belanja la dalam negeri sendiri dulu,”

Post a Comment