Ketiak Hitam & Berkerak? Jom Tengok Cara-Cara Nak Cerahkan Ketiak Korang Dari Rumah – Manis Madu
Cara-Cara Nak Cerahkan Ketiak Dari Rumah

Ketiak Hitam & Berkerak? Jom Tengok Cara-Cara Nak Cerahkan Ketiak Korang Dari Rumah

Ketiak hitam bukanlah sesuatu perkara yang pelik dan ianya sangat normal untuk berlaku khususya kepada orang Asia. Namun, keadaan ini kadang-kala membuatkan sesetengah orang berasa insecure dan kurang yakin terhadap diri sendiri.

 

Banyak jerr rawatan yang wujud untuk hilangkan masalah ini, contohnya seperti laser…cuma harganya sudah tentu mahal. Jadi hari ini Madu nak sharekan tips-tips untuk cerahkan bahagian ketiak dari rumah.

Punca Ketiak Hitam?

Sebelum korang nak cerahkan bahagian ketiak tu, jom tengok punca-punca ketiak gelap daripada Healthline.

Dark-Underarms

Sumber Gambar: parenting.firstcry.com

  • Pemakaian bahan kimia seperti deodorant dan antiperspirant
  • Bercukur
  • Pengumpulan sel kulit mati (kurang exfoliasi)
  • Geseran daripada baju ketat
  • Hiperpigmentasi daripada melanin yang banyak
  • Melasma (bintik hitam)

Tips Untuk Kurangkan Ketiak Hitam?

  1. Madu sarankan Maduners memilih produk ‘organik’ untuk mengurangkan penggunaan kimia yang menyebakan iritasi.

 

  1. Gunakan keadah waxing dan bukannya mencukur apabila hendak membuang bulu. Bercukur akan membuatkan bulu yang tumbuh dengan lebih lebat dan risiko untuk menghadapi masalah ingrown hairs adalah tinggi.

 

  1. Exfoliate kulit Maduners 2 atau 3 minggu sekali untuk membuang sel kulit mati. Biarkan kulit baru bernafas!

Cara-Cara Cerahkan Ketiak Hitam Dari Rumah.

1. Kentang Sebagai Mask Untuk Ketiak!

@llildoll.vReply to @kamtheicon I use it on my face as well 😍##fyp ##natural ##skincare ##triedit♬ PRACTICE DABABY – theoriginalke

Kalau Maduners nak tahu, kentang mempunyai enzim catecholase yang boleh bertindak sebagai ajen pencerah. Kikiskan isi kentang kepada bahagian kecil dan letakkan di ketiak sebagai mask selama 10 minit.

 

Ulang langkah ini selama 4 kali dalam seminggu, dan cuba lihat kesannya.

2. Gula dan Timun

@girltalktips✨How to get rid of dark armpits✨ *srry if it was to up close* ##selfcare ##xyzbca ##fyp♬ original sound – hygiene/extra tips

Potong timun menjadi separuh dan celupkan pada mangkuk yang dipenuhi gula. Jangan banyak sangat gula tu, nanti membazir pula! Scrub ketiak korang dan basuh dengan menggunakan air sejuk.

3. Limau

sliced-lemons

Potong limau kepada kepingan tebal dan tonyohkan kepada kawasan ketiak gelap dan biarkan selama 10 minit. Basuh dengan air sejuk dan letak pelembab setelah kering. Confirm rasa fresh!

4. Kunyit dan Limau

turmeric

Kunyit ini sememangnya popular sebagai bahan yang digunakan untuk proses pencerahan. Korang boleh lumurkan pes kunyit yang telah dicampurkan bersama 2 sudu lemon dan biarkan selama 30 minit. Hati-hati ok, takut ketiak jadi kuning pula!

5. Kulit Oren, Susu dan Air Ros

 

View this post on Instagram

 

A post shared by alex | brighteyedbaker.com (@brighteyedbaker) on

Tadi kita guna limau, sekarang kita pakai oren pula. Senang jerr tips ini!

 

Kikiskan kulit oren supaya korang boleh dapatkan tekstur yang nipis. Campurkan dengan 1 sudu susu dan air ros untuk dijadikan pes. Kemudian tinggalkan pes tadi di bahagian ketiak selama 12 minit dan dah siap! Buat tips ini selama 2 atau 3 kali seminggu untuk membantu mendapatkan ketiak cerah.

Madu pun dah share-kan tips yang korang boleh follow di rumah, bahan-bahan pun senang didapati.

 

Kalau korang risau, Madu sarankan untuk jumpa doktor kerana kadang-kadang terdapat punca lain yang menyebabkan ketiak menjadi gelap.

 

~Stay Safe Maduners!~

Post a Comment