Khasiat Tauhu/Tofu Yang Ramai Tak Tahu Dan Kurang Diamalkan. Mencegah Osteoporosis? – Manis Madu
Khasiat Tauhu_Tofu Yang Ramai Tak Tahu

Khasiat Tauhu/Tofu Yang Ramai Tak Tahu Dan Kurang Diamalkan. Mencegah Osteoporosis?

Siapa fanatik dengan produk kekacang? Lagi-lagi kacang soya. Mesti Maduners suka makan tempe, tauhu dan minum air soya. Favourite Alif!

 

Pada yang tak tahu, kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah berbanding daging, susu dan telur.  Ia juga kaya dengan vitamin A, B, C, D serta Lecithin. Kecil bukan sebarangan! Banyak khasiat dan manfaat untuk kita.

 

Alif nak fokus kepada salah satu produk berasaskan kacang soya iaitu tauhu ataupun tofu.  Kandungan protein yang tinggi pada tauhu juga boleh dimanfaatkan untuk mencegah daripada menghidapi beberapa penyakit berbahaya.

tofu_768

Tauhu dibuat dengan mengeraskan pati soya menggunakan garam mineral, biasanya menggunakan kalsium sulfat.  Daripada pati soya inilah yang membuatkan tauhu kaya dengan khasiat yang pelbagai.

 

Maduners nak tahu tak apa antaranya khasiat dan manfaat kalau kita amalkan makan tauhu dalam diet dan pemakanan kita? Jom Alif kongsikan kebaikan kalau makan tauhu.

1. Meningkatkan tenaga

firm tofu

Sumber Gambar: www.verywellfit.com

Tauhu merupakan sumber zat besi yang sangat baik. Dalam setiap 100 gm tauhu itu sendiri tersedia 30 peratus tenaga yang diperlukan oleh badan setiap hari.

2. Menurunkan berat badan

Dah cuba macam-macam tapi masih belum berjaya untuk turunkan berat badan? Alif cadangkan boleh tambahkan hidangan berasaskan tauhu pada menu diet Maduners. Protein yang tinggi pada tauhu membuatkan perut tidak cepat merasa lapar.

Sifatnya yang rendah kalori yang dianggarkan 80 kalori dalam 100gm memastikan bilangannya kalori tidak akan bertambah jika anda mengamalkannya.

3. Membantu masalah rambut gugur

Maduners ada masalah keguguran rambut yang serius? Mungkin tubuh anda kekurangan sumber protein yang sepatutnya anda ambil. Kalau Maduners rasa rambut mudah kering dan gugur, anda tahu daripada mana masalah itu datang.

Alif sarankan untuk pastikan pengambilan sumber protein yang secukupnya setiap hari. Tubuh anda sangat memerlukan protein untuk pertumbuhan semula, so please jangan abaikan.

4. Melambatkan proses penuaan

Siapa kata kalau banyak makan kekacang boleh timbulkan allergik dan jerawat? Not at all okay! Kalau ambil dalam kuantiti yang sepatutnya, boleh buat kulit kita jadi flawless! Cuba amalkan.

 

Tauhu membantu mengekalkan keanjalan kulit dan nada otot muka yang seterusnya menghalang penuaan. Boleh cuba buat pes tauhu dan letak pada muka, boleh suburkan kulit kita!

5. Mencegah Osteoporosis

Sumber Gambar: fysiobroers.jouwweb.nl

Selain daripada minum susu untuk menguatkan tulang kita sebelum usia, Maduners juga boleh amalkan tauhu juga. Sebab tauhu pun kaya dengan sumber kalsium yang membantu melindungi penyakit seperti lemah tulang, rheumatoid arthritis dan osteoporosis.

So lepas ini agaknya, tauhu boleh jadi makanan favourite korang tak? Kalau kita ambil dalam kuantiti yang secukupnya, pasti akan membuat kita menjadi sihat.

 

So jangan takut untuk makan tauhu dah lepas ini okay?

Post a Comment