Kini Melaka, Genting Highland & Pulau Tioman Pula Menyusul Sertai Langkawi! – Manis Madu
Woman walking across some colourful night carriages on a busy street at Melaka

Kini Melaka, Genting Highland & Pulau Tioman Pula Menyusul Sertai Langkawi!

Melaka, Genting Highland dan Pulau Tioman akan dibuka kepada pelancong tempatan bermula 1 Oktober ini, lapor Harian Metro.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet selepas melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.

 

Katanya, keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

people walking on street during daytime at Malacca

“Dalam tempoh dua minggu, destinasi ini akan bersiap sedia untuk beroperasi semula.

 

“Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas esok membabitkan ujian saringan memandangkan Melaka agak besar.

 

“Kementerian juga akan membentangkan tambahan destinasi pelancongan lain yang bukan hanya tertumpu di pulau tetapi di tanah besar,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

 

Turut hadir, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Post a Comment