Kisah Hidup Bekas Ratu Skuasy, Datuk Nicol David Bakal Ke Layar Perak – Manis Madu
Kisah Hidup Bekas Ratu Skuasy, Datuk Nicol David Bakal Ke Layar Perak

Kisah Hidup Bekas Ratu Skuasy, Datuk Nicol David Bakal Ke Layar Perak

Selaku bintang sukan tersohor dunia, kisah hidup bekas ratu skuasy, Datuk Nicol David, 37, akan difilemkan dalam satu biopik berjudul, I Am Nicol David, lapor akhbar Berita Harian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nicol David (@nicoldsquash)

Biopik, I Am Nicol David itu bakal diterbitkan syarikat produksi filem dan media digital, ACE Pictures Entertainment dalam bahasa Inggeris dengan watak jurulatih skuasy Nicol, Liz Irving akan dilakonkan oleh aktres Hollywood.

 

Pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia itu mengumumkan berita gembira itu menerusi laman sosialnya, kelmarin, sekali gus membuat peminatnya teruja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nicol David (@nicoldsquash)

Nicol atau nama sebenarnya, Nicol Ann David yang juga juara dunia sebanyak lapan kali pernah mengimpikan kisah hidupnya dapat diterjemahkan di layar perak, suatu masa nanti.

 

“Saya amat teruja dan bangga memaklumkan mengenai perancangan pembikinan filem ini.

 

“Saya selalu mengimpikan dapat berkongsi kisah hidup suatu hari nanti. Saya mahu pengalaman saya memberi inspirasi kepada setiap insan untuk bekerja keras.

 

“Ia sekali gus mencapai apa yang diingini, selain sentiasa mencabar diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih besar,” kongsinya dalam laman Instagram dan Twitter.

 

Gadis kelahiran Pulau Pinang itu berkata, dia amat bertuah dengan kesungguhan syarikat produksi untuk menzahirkan ceritanya di layar lebar.

 

“Saya bertuah dapat berpeluang bekerjasama dengan ACE Pictures yang mahu berkongsi perasaan ini. Saya tidak sabar untuk memulakannya.” ujarnya.

 

Kini, pencarian watak Nicol juga akan dilakukan di seluruh negara menerusi uji bakat diadakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nicol David (@nicoldsquash)

Filem I Am Nicol David bukan hanya untuk tontonan rakyat Malaysia, malah ia akan dipasarkan di Amerika Syarikat dan Eropah dengan rangkaian pemasaran ACE Pictures.

 

Nicol pernah memegang rekod nombor satu selama 108 bulan berturut-turut dan kedudukan 10 teratas selama 151 bulan, Nicol memenangi 81 gelaran Juara Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dalam kerjaya profesionalnya selama hampir 20 tahun.

 

Beliau juga atlet Sukan Asia paling berjaya dengan meraih tujuh pingat emas secara keseluruhan.

Post a Comment