Kisah Sebenar Petugas Barisan Hadapan Dihimpunkan Dalam ‘Frontliner’ Tayang 30 September Di Netflix! – Manis Madu
Kisah Sebenar Petugas Barisan Hadapan Dihimpunkan Dalam ‘Frontliner’ Tayang 30 September Di Netflix

Kisah Sebenar Petugas Barisan Hadapan Dihimpunkan Dalam ‘Frontliner’ Tayang 30 September Di Netflix!

Keadaan huru-hara melanda satu dunia sejak wujudnya virus Covid-19 sekitar dua tahun lalu. Penderitaan demi penderitaan perlu dihadapi oleh semua orang! Tiada siapa yang tahu tarikh akhir wabak ini. 

 

Ketabahan petugas barisan hadapan yang sedia mempertaruhkan nyawa dan bertungkus lumus bekerja siang dan malam untuk melindungi rakyat dan negara perlu diberi penghargaan setingginya kerana tanpa mereka, pasti lebih kucar kacir keadaan kita.

‘Frontliner’ Tayang 30 September Di Netflix

Sebagai tanda penghormatan kepada petugas barisan hadapan, D’Alphalegacy Sdn Bhd menghasilkan sebuah filem bertajuk “Frontliner” arahan Razif Rashid. Filem ini akan ditayangkan di Netflix pada 30 September 2021.

Difahamkan, filem ini bukan sahaja berkisarkan situasi yang berlaku ketika pandemik tetapi turut memaparkan pertengkaran serta perbalahan yang perlu dihadapi oleh petugas barisan hadapan sesama ahli keluarga mereka.

 

Menurut perkongsian seorang wanita di laman Twitter, dia ikut beremosi menonton filem ini kerana baru mengetahui keperitan ditanggung petugas barisan hadapan yang perlu berdepan pelbagai situasi getir ketika melaksanakan tugas. Ditambah pula dengan konflik kekeluargaan serta pelbagai situasi lain dipaparkan dalam filem ini.

Para pelakon yang terlibat dengan filem ini juga mengakui semakin memahami tugas frontliner dan bertambah hormat kepada mereka setelah mereka sendiri merasai pengalaman menjadi frontliner meskipun cuma sekadar lakonan.

 

“Frontliner” dibintangi oleh Azhan Rani, Beto Kusyairy, Achey, Farah Ahmad, Emma Maembong dan ramai lagi mengisahkan kutipan kisah benar yang berlaku semasa pandemik serta cabaran para petugas barisan hadapan ketika melaksanakan tugas.

 

Rasa tak sabar pula nak tengok. Maduners boleh tengok filem ini di Netflix okay!

Post a Comment