Klasik! Seksi! Unik! Ini Dia Antara Ikon Fesyen Terbaik 2020 – Manis Madu

Klasik! Seksi! Unik! Ini Dia Antara Ikon Fesyen Terbaik 2020

Maduners yang suka bergaya mesti ada role model yang memberikan inspirasi kepada Maduners untuk berfesyen.

 

Ini merupakan 10 ikon fesyen terbaik mengikut kajian Madu!

1. Audrey Hepburn

Sumber Gambar: Glamour.com

Klasik! Klasik! Klasik! Dengan gaya fesyen Black Dress yang terkenal, Audrey Hepburn sememangnya salah seorang ikon fesyen sepanjang zaman!

 

Audrey Hepburn dikatakan merupakan individu yang bertanggungjawab kepada obsesi orang ramai dengan Black Dress.

 

Pada era tersebut, orang ramai mula memakai Little Black Dress setelah Audrey Hepburn menggayakan gaya sewaktu pertunjukan fesyen Givenchy. Truly Fashion Icon!

2. Lady Gaga

Sumber Gambar: Cosmopolitan.com

Ra-ra-ah-ah-ah

Roma-roma-ma

Gaga, ooh la-la

Want your bad romance

 

Helo? Siapa saja tak kenal ikon feseyn dengan gayanya yang eksentrik dan unik! The one and only, Lady Gaga!

 

Selain daripada lagu-lagu yang catchy seperti Bad Romance, Lady Gaga merupakan individu yang ditunggu-tunggu kehadiran di karpet merah oleh media.

 

Dari gaya fesyen menggunakan daging mentah hingga pelbagai gaya yang unik lain, Lady Gaga memberikan keyakinan dan kehebatan gayanya yang tersendiri.

3. Rihanna

Sumber Gambar: Capitalextra.com

Rihanna kini boleh diiktiraf sebagai salah seorang artis terkenal di dunia, tidak hairanlah gaya fesyennya memberikan inspirasi dan berpengaruh kepada remaja zaman sekarang.

 

Gaya fesyen oleh Rihanna mempunyai kelasnya yang tersendiri dan dia kini boleh dianggap sebagai salah satu ikon fesyen yang gayanya paling menonjol.

 

Masih ingat gaya Met Gala Rihanna yang sangat ikonik? Fuhhh! Warna kuning menonjolkan lagi warna kulit Rihanna yang kelihatan begitu flawless!

4. Billy Porter

Sumber Gambar: Metro.co.uk

Billy Porter layak digelar sebagai ikon fesyen yang menjadi trendsetter dan memecahkan stereotaip di Amerika Syarikat.

 

Keberaniannya menggayakan fesyen yang tidak menghiraukan jantina patut dipuji kerana berjaya membawa gaya duality dengan begitu sempurna!

5. Twiggy

Maduners mungkin tidak kenal dan menimbulkan keraguan mengenai Twiggy tetapi pengaruhnya boleh dikatakan amat besar dalam dunia fesyen.

 

Twiggy merupakan seorang ikon fesyen daripada British dan dianggap sebagai ikon fesyen antarabangsa sejak awal tahun 1960-an hingga kini.

 

Twiggy telah mempopularkan gaya fesyen skirt mini di British sepanjang tahun 60-an.

6. Madonna

Sumber Gambar: Essentialhome.eu

Vogue all the way till you can’t no more!

 

Madonna sememangya ikon fesyen setelah dirinya menpengaruhi dunia dengan gaya fesyen baru iaitu costume chic!

 

Madonna adalah definisi pop fashion culture dan membawa gaya tomboy yang mana menyebabkan dirinya sentiasa menjadi headline media kerana pilihan pakaiannya yang berisiko dan menawan.

7. Marilyn Monroe

Sumber Gambar: Glamour.com

Wuuuu! Bila bersembang tentang gaya skirt terbang mesti akan ingat ikon fesyen ini, Marilyn Monroe!!!

 

Dikatakan sebagai wanita pertama yang berani bergaya dengan fesyen yang seksi, Marilyn Monroe sentiasa mendapat perhatian orang ramai dengan gaya fesyennya yang seksi dan feminin.

 

Maduners mesti setuju dengan Madu bahawa gaya yang dibawa oleh Marilyn Monroe sangat sesuai dengan personalitinya yang begitu menggoda dan memberikan kelembutan yang unik pada era beliau.

8. Miley Cyrus

Sumber Gambar: Hollywood.com

Pheww! Sama ada Maduners suka atau tidak sahaja terhadap gaya fesyen yang begitu seksi daripada Miley Cyrus.

 

Tetapi keberaniannya dalam menggayakan setiap gaya fesyen yang begitu berbeza daripada era Hannah Montana menjadikan Miley Cyrus sebagai salah seorang ikon fesyen pada masa kini.

 

Cakap saja gaya apa pun, Miley Cyrus sudah cuba segala! Daripada gaya remaja trendy, crazy-bold fashion hingga ke country style!

9. Harry Styles

Sumber Gambar: Vogue.com.au

Melanggar segala hukum hakam fesyen, Harry Style kini digelar sebagai ikon fesyen yang membawa gaya baru ke dunia fesyen.

 

Campuran gayanya yang mempunyai sifat maskulin dan feminin pada masa yang sama selayaknya dipuji!

10. Billie Eilish

Sumber Gambar: Vogue.com.au

Loose, baggy & androgynous! Tiga perkataan ini mengambarkan gaya fesyen Billie Eilish yang tersendiri.

 

Billie menyatakan diri lebih gemar memakai pakaian yang longgar kerana tidak suka orang ramai melihat dirinya iaitu wanita sebagai objek.

 

Kerana ini Madu rasa Billie Eilish layak digelar sebagai ikon fesyen dan membuktikan dirinya yang tidak kisah komen negatif daripada orang ramai. Stay true to yourself.

 

Tapi tak semestinya gaya Billie ini murah untuk pengetahuan Maduner kerana Billie Eilish sentiasa menggayakan pakaian daripada jenama kesukaannya iaitu Louis Vuitton! Siap ada custom-made lagi!

Post a Comment