Koleksi Patung Barbie Ahli Primatologi Jane Goodall Diperbuat Daripada Plastik Kitar Semula! – Manis Madu

Koleksi Patung Barbie Ahli Primatologi Jane Goodall Diperbuat Daripada Plastik Kitar Semula!

Syarikat permainan terkemuka dunia, Mattel Inc baru-baru ini melancarkan koleksi patung terbaharu Barbie yang menyerupai ahli primatologi terkenal Britain, Jane Goodall.

Barbie has unveiled a new Dr Jane Goodall doll

Menurut laporan Daily Mail, difahamkan istimewanya keluaran kali ini, selain diperbuat daripada plastik kitar semula, koleksi patung ini merupakan sebahagian daripada tema Siri Wanita Berinspirasi oleh syarikat berkenaan.

 

Ini sekali gus mengiktiraf hasil yang diusahakan Goodall selama ini dalam bidang penyelidikan dan usaha pemeliharaan cimpanzi.

 

Koleksi anak patung insipirasi ini lebih menonjolkan ciri sederhana dengan menampilkan anak patung dengan pakaian kemeja khaki dipadankan dengan seluar pendek serta dilengkapi sepasang binokular.

Dame Jane's doll is dressed in a tan-coloured shirt and shorts
The doll's launch coincides with the 62nd anniversary of her first journey to the forest of Gombe National Park in Tanzania

Selain itu, juga turut disertakan replika David Greybeard, cimpanzi yang sering menemani Goodall ketika di Taman Negara Gombe, Tanzania.

 

“Saya inginkan anak patung Barbie menyerupai saya. Saya sering melihat kanak-kanak perempuan bermain dengan anak patung Barbie dan terus saya terfikir mereka perlukan kelainan,” kata Goodall.

 

Goodall, 88, memulakan penyelidikannya melibatkan cimpanzi di timur Afrika pada tahun 1960.

 

“Sebaik saya tiba di Gombe, saya terpukau dengan pemandangan di situ. Namun selama empat bulan semua cimpanzi melarikan diri dari saya sehingga David Greybeard memberanikan diri mendekati saya,” katanya.

The doll has been created alongside the Jane Goodall Institute

Menurut kenyataan Mattel, syarikat itu juga akan bekerjasama dengan Institut Jane Goodall serta Roots & Shoots bagi mengajar kanak-kanak tentang impak alam sekitar.

 

Sumber Gambar: Dailymail

Post a Comment